Sep 29, 2010

Responsibility



Memula tak plan nak pegi ofis pun hari ni but since dah hantar ekin ke sekolah, langsungkan aje kete drive ke ofis. Anyhow, tak sampai pukul 11 pagi lagi, cikgu kelas Yana dah roger-roger mengadu Yana tak sihat. Si Ekin seawal jam 9 pg dah text suh ambik dia awal sikit sebab nak pegi tengok papa kat hospital. Sesuka hati dia je nak balik sekolah awal kan...

Tapi termakbul juge la doa si Ekin bila aku fetch dia dulu sebab aku tak perlu nak berpatah semula ke Serdang. Lepas fetch Ekin terus shoot pi sekolah Yana pulak. Sign ape yang patut, pegi pulak carik dia kat kelas. Mak aaiii punye la lama tak datang sekolah ni sampai tak tahu mana satu kelas Yana.. Dua tiga kali naik turun tangga yang sama.. Dapat direction yang mengelirukan pulak tu.

Akhirnya jumpe kelas Yana. Bila Ekin bgtau cikgu yang tengah mengajar tu nak ambik Yana, rupenye Yana dah merambu air mata.. Badan ngah tak sihat, macam tu la.. Tido pun nak berkepit je dengan aku. This week dah 3 hari duk melepak umah papa. Sian Yana... Lepas ambik dia dekat sekolah, terus bawak pi klinik. Dokter cinta cakap kalau esuk demam lagi kene pi test tuk denggi pulak.. Kes denggi banyak sekarang ni.. So berhati-hati kay..

Esok awal-awal pagi dah ada kerja yang sangat berat untuk aku mengadap.. Menyampah pun ada sebenarnya.. Tertekan sungguh. Hopefully malam ni dapat tidur yang lena tanpa ada dengkuran-dengkuran yang tidak diingini.. Wish me luck.

p palang s : Doakan papa laju2 keluar dari hospital tu..

Sep 27, 2010

Kuantan


Usshhh.. mendugakan sungguh memaksa diri bangun seawal 1 pagi tuk masak. Dengan kepala yang masih weng lite². Alhamdulillah tido yang sebentar tu membantu aku untuk kembali ke alam yang nyata..

Dah ada darah tinggi barangkali.

Pagi ni mcm nak weng semula rasanya.. Adeh deh deh...

Penat sangat ke pun? Bukan aku yang drive pun dari Kuantan tu.. Enjoy habes dapat menjejakkan kaki ke Kuantan kali ni. Dapat gak jumpe Mima yang tunggu masa je nak bersalin. Tapi memang respect betul kat Mima ni. Tahap kerajinan tak pernah berkurang even tengah mengandung. Sama je dia dari masa belajar dulu.. Doktor pun kata anak dia perempuan.

Hari tu masa tengok gambar dalam fb dia, nampak perut dia besar bona... La hai.. camera trick semata weyh... Mima tetap kecil dan comei mcm dulu kala.. cuma perut tu je la nampak cam orang ngandung. What do you expect kan.. Tapi tak da la sebesar mcm dalam gambar tu.. Muka Mima pun tetap maintain. Tak nampak langsung tembamnya..

Sambil bersembang makan², dia pun lalu aje.. tak mau ngalah.. Baru kami tau yang dia baru je berpindah.. Tak masuk lagi dia dah warning "aku baru pindah. Umah aku bersepah. Jgn terkejut." Hahahaa.. Kitaorang tak kisah de Mima..

Biasa la dah nama pun baru pindah.

Tapi best jugak kalau si Puya ada sekali.. Mesti happy baby dalam perut Mima tu. Aunty Puya.. oohhh Aunty Puya.. Next time kita pi sesama ek..

Sep 22, 2010

Kawan Saya Best!




Saya ada kawan....

Saya kenal dia sejak tingkatan 1 lagi.


Kawan saya kire macam nerd jugak la kot masa kat sekolah dulu.

Masa kat sekolah dulu dia pakai spek besar.

Sekarang dia dah lawa dah. Macam ala² pelakon Korea gitu. Bertuah sape dapat dia sebab dia seorang yang manje, baik hati, berkeyakinan tinggi, hebat orangnya serba serbi.

Kami juga berkongsi minat yang sama.



Bila ada masalah memang takda orang lain yang saya cari. Saya cari kawan saya ni sebab dia mampu menenangkan saya.. Kawan saya baik kan?

Kawan saya memang best.

Dah lama dah saya tak jumpe kawan saya ni. Hari tu pun secara tak sengaja terserempak dengan dia kat Minlon. Nasib baik dia call saya dan bagitahu yang dia berada betul² dalam kereta yang berada didepan saya semasa itu. Sambil dengan begitu bersungguh melambai²kan tangan.

Namun raya ni tak berkesempatan nak bertemu dan bermaaf-maafan.

Lagipun dia dah berpunya. Tak lama lagi mungkin sampai seru dan akan mendirikan rumahtangga. Masa tu lagi la tak dapat jumpa langsung gamaknya.

Walaubagaimanapun, saya selalu je teringat pada kawan saya ni. Saya doakan dia gembira dan bahagia selalu sebab sebelum² ni dia selau je terkecewa dan dikecewakan. Moga kebahagiaan kali ini berkekalan buat dia. Ameeennn...

Sep 20, 2010

Petua : Kurangkan Kolestrol dalam Darah


Yes laaahh.. berat badan dah naik lepas raya???? Hahahahaa.. Same ler kekite nii...

Jom kite try petua orang lama nak kurangkan balik kolestrol dalam badan tersebut. TAPI INGAT!!! Kita bukan boleh depend pada satu cara ni sahaja akan tetapi kite kene la excercise jugak.. Buat brisk walk every morning macam kawan aku sorang ni. Tapi kawan aku ni akan mula bekerja lewat malam, mampu ke dia nak bangun pepagi buat brisk walk???

Anyhow, petuanya seperti dibawah:

1. Ambil beberapa ulas ubi halia.

2. Rebuskan semua halia tadi hingga pekat. Atau dalam anggaran sampai pati rebusan halia tadi tinggal kira-kira dalam secawan dua.


Ini kerana anda memerlukan pati halia di sini. :)


3. Kemudian, anda ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tadi. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati ya.



Anda minumlah ramuan di atas sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian. Mudah-mudahan kandungan kolesterol dalam darah anda dapat dikawal serta dikurangkan. :)



p.s: Oh, ya! Ramuan ni juga boleh digunakan untuk melegakan batuk serta membuang angin dalam badan. Cuba tau.

Selamat Mencuba!

Petua ini diambil dari sini



Sep 18, 2010

Home Sweet Home


Walaupun malam tadi tido agak lewat akan tetapi aku berjaya melawan nafsu tido pagi ini. Dapat stay berjaga tak tido balik lepas subuh memang best. Rasa bertuah dan hari yang akan dilalui tu tidak rasa rugi.. Sejak balik dari kampung dua hari lepas, masih belum lagi aku jejakkan kaki ke rumah plaza.

Sepanjang masa kat rumah papa. Hehehe.. Dah ada yang bosan dan menyampah koott tengok muke kami adik-beradik ni gamaknya duk berkampung kat sini.. Punye lah lama.. Agaknye tiap-tiap hari kot dia wonder "bila la budak2 ni nak blah.." Ada tak?? Ahahaha.. Ni kan rumah kitaorang.. Kitaorang yang duk sini sejak tahun 1991 lgi kann.. Suke hati lah.. Buat lah muke.. whatever.. Kami akan balik. Jangan risau.

Tapi kami tak pernah bosan sebab kami suka spend masa dengan adik-adik yang dah makin membesar. Especially keletah si Aqilah. Ada dia bagi hamster makan pisang. Hahahaa.. kene marah dengan Syikin sebab dia takut munchkin dia mati kene food poisoning.

Moh le kite semua balik ke pangkal jalan.. moh.. bah!! baaahhh!!!!




Sep 17, 2010

Sambungan stress lepas raya


Patutnya aku gi kerja dah pagi ni tapi lepas subuh tadi terus je tertido lagi sebab mengantuk tak ingat. Ambik papa semalam sampai nak kul 2 baru sampai umah. Kunci pulak tak bawak.. Jenuh la menunggu kat luar sampai ada yang bangun tolong bukak kan. Nak dekat pukul sebelas baru betul-betul tersedar dari tido yang tak berapa nak lena tu sambil telekung masih kemas di badan.

Ada pulak orang lain yang sangat selfish fikir pasal diri sendiri buat aku rasa sangat menyampah dengan orang macam ni. Dorang ingat dorang bagus sangat dan lebih daripada orang lain. Masalah aku ialah tak sampai hati. Bodoh!! Stress betul bila terpaksa fikir on somebody elses behalf even when you dont want to.

Macam mana sekarang ni?

Stress sampai muke pun nampak tua..

Sep 12, 2010

Kes Sosilawati


Pagi ni bila baca paper gempar berita mengenai Jutawan Sosilawati, berkenaan penemuan 4 mayat yang telah dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Banting. Beberapa suspek juga turut ditahan bagi membantu siasatan.. Aku dengan keluarga aku bersimpati dengan musibah yang menimpa kesemua keluarga mangsa.. Aku doakan mereka tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ni..

Baca sini.

Sep 8, 2010

Persiapan Raya Budak-Budak


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur.. Syukur.. dan Syukur ke Hadrat Illahi...

Semalam aku half day. Syikin masih belum ada baju raya lagi. So kene curi-curi masa untuk spend time beli baju raya dia. Aku bawak Syikin, Yana & Kak Elle pegi Sunway. Sebelum tu aku mmg dah usha dah spot-spot untuk berbeli-beli kat Sunway tu. So kire dah confirm la Syikin mesti boleh jumpe punye baju yang dia nak. Dia pulak memang sangat~sangat~sangat choosy.. Haiyoo.. letih membeli-belah dengan si Syikin nih.

Singgah Cotton On, Forever 21, Nichi, Kitschen.. Mujur la dia jumpe ape yang dia nak.. Pastu pegi pulak kat Marakesh cuba nak carik baju kurung pulak.. Haiyoo.. Yang paling mahal sekali pulak tu taste dia.. Budget tak cukup. Kakak dia ni pun bukan kaya-raya macam Datuk Siti. Alhamdulillah jumpe sekali baju kurung raya untuk Yana. Secara kebetulan je pun.

Settle di Sunway, kami shoot pi Putrajaya Precint 16. Syukur sesangat finally Syikin jumpe baju dia yang betul-betul dia dah berkenan. Itu pun jenuh duk men'try' baju-baju kat situ. Tak habeh-habeh tanya "Gemuk tak?", "Ok, tak?".... Waktu berbuka tinggal sejam je lagi.. Rasa macam nak cium tanah bila dia buat keputusan nak beli baju yang dia berkenan tu.

Shoot balik Serdang then terus shoot ke Sepang pulak sebab nak berbuka rumah Atok..

Haiishhh.. letih nok..

Sep 7, 2010

Weekend


[ Like father like son ]

Aku, Farreal & Syam attend majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh group Dream Team minggu lepas di Sime Darby Convention Centre. Dorang dah plan sebulan sebelum puasa lagi. Meeting and catching up with them was awsome. Aku duduk semeja sekali dengan Lydia, Ajan, Danial, Niny, Taufik, Puaka. Dorang tak habes² nyakat si taufik pasal perut dia..

Antara bakal² pengantin tak lama lagi ialah Syahrul & Iela serta Azizi & Nora. Lama jugak kami duduk dalam tu bersembang. Hampir pukul sepuluh. Akhirnya masing² mengalah dan seorang demi seorang mula mengatur langkah untuk balik.

Masa kat car park kami terserempak pulak dengan Shahir AF tu.. Wah wah wah.. Terusan aje aku cakap "Abg Shahir nak tangkap gambar.." (hampir saja menjerit okeehhh. Takut dia tak dengar) Mengetahui akan betapa si Farreal minat teruk² kat lagu feymes Shahir tu.


Tak sangka Farreal malu ya amats.. Tak mo langsung dia tengok muke Shahir. Dia kaleh tengok sekali je. Sian Shahir.. Dia nak cepat agaknya masa tu tapi kami stop dia untuk bergambar dengan dia. Pehtu ape lagi.. Sorang² bebudak ni bergambar dengan dia.. Ahahhaa.. pakwe memasing geget lidah sebab aweks mereka nak bergambar berduaan dengan Shahir.

Dah masuk dalam kete, Farreal nyanyi² lagu kebahagiaan dalam perpisahan tu.
Kami cakap kat Fareal "Lor, tadi Shahir ada awak tak pandang langsung muka dia.."
Dia sengeh². Malu la tuu... Tak sangka nde, awak pemalu Ues. Teeheehee..


Sep 3, 2010

Raya sana sini



Alright.. takmo bersedih-sedih, berduka-duki dan bergundah gulana lagi. Aku dah pun set target sebelum raya ni, ada misi yang aku berharap sangat dapat berjalan dengan lancar. Yes!! I think this can at least lift my spirit up a bit. At the moment, aku tengah buat budgetnya sebelum aku presentkan pada Dato' Aziz.

Alhamdulillah lepas solat subuh pagi tadi, Allah swt bagi kekuatan dalam diri aku untuk meneruskan raya ni yang sebelumnya aku rasa sangat payah & perit nak lalui.. Ekyn & Yana akan follow aku and I am looking forward for our journey to the north tu. So that feeling that I've talked about? Well, it doesn't feel that bad now.

Tahun ni papa kene raya Kelantan dulu so papa akan berangkat ke Kelantan awal. 2nd raya baru papa ke Perak. Tak pernah lagi aku, mizi, syikin or abgwan jejak kaki kat kampung aunty di Kelantan tu. By the time nak ajak kami pi sana, I think it was too late. Tapi tak tahu la in the future kan? So whenever papa balik raya Kelantan dulu, aku dan adik² akan beraya di Selangor rumah Atuk & Nenek di Sepang. 2nd raya baru balik Perak. Usually kami sampai awal sikit dari papa. Papa selalu sampai petang. Masa tu la nak beraya, bersalam²an mcm dipagi raya.

Haishh... just by thinking of visiting pusara ibu tahun ni pun dah sedih sangat rasanya... Macam mana la bila betul² kat situ nanti.. ~sigh~
Tahun lepas Alhamdulillah tenang.

*Aku tau ekyn mesti suke hat ni..

Baju raya budak² ni masih tak dibeli lagi. Tah bile nak pegi tah. Plannya nak pegi on the day Aqeel admitted tu la.. Tapi bagus jugak tak pegi hari tu. Ada hikmah. Tak perlu pergi ramai². Kami akan pergi bertiga je. Dapat spend masa sesama. Rasa seronok and excited sikit sebab dapat tumpang sekaki excitement budak² ni nak raya. Cari baju² depa ler.. Kalau boleh nak diaorang maintain that excitement sampai besar. Biar memoriyang indah² je terpahat dalam minda diaorang.

*agak² Yana sesuai tak pakai pesen ni?


Sep 2, 2010

Nak ataupun tak nak..


Raya
is just around the corner. Tak tahu la kenapa resah betul nak raya kali ni.. Apa yang sedih sangat pun aku tak tahu.. Dalam dada ni macam hujan ribut tapi aku tak reti nak luah macam mana. Susah jugak macam ni bila orang tak faham dan tak cuba untuk faham. Bukan aku mintak rasa macam ni..

Memang before ni aku tak ready nak dengar lagu raya. Tapi sejak beberapa hari yang lepas aku sedar yang masa raya ke-2 nanti nak kene drive balik Perak. Cd player tak leyh guna dah sebab Ues masukkan duit doploh sen hari tu sebab dia ingat tu tabung.. hehehe.. Mulanya nak ajar dia menabung. Alih² dia tengok sume yang bentuk leper gitu tabung gamaknya.. So ofecoz kene dengar radio yang sudah tentu memainkan lagu raya setiap masa.. Kene mula terima la dari sekarang.. Hurmm.. dengar lagu raya yang happy² pun rasa nak nanges. Cemana tu..? Mau berjujuran la air mata sepanjang perjalanan tu nanti..

Tah la.. Aku nak explain pun susah.. Tak jumpa lagi nama emosi ni. Tak dek pulak dalam kamus. One day semua orang pun akan rasa apa yang aku rasa ni.









Nak tido..


Mengantuk, mmg mengantuk sangat. Badan pun sakit² berkongsi tido dengan Yana kat kerusi malas hospital malam tadi.. End up aku, Yana & Ekyn teman Aqeel kat hospital. Dengan berbaju kurung baru balik ofis tu jugak lah aku lepak teman Ekyn.

Aku dengan Yana balik ke rumah papa jam 4 pagi tadi sambil doa jangan la ada apa² kacau kitaorang tengah jalan nanti. Kami dah la berdua je. Perempuan pulak tu. Alhamdulillah sesampai je terus baring atas katil.. Lega ya amatss nih..

Kejap je baring lelap mata pun. pukul 5 bangun nak bersahur terusan aje mandi dan bersiap nak pegi ofis. Hari ni aku rasa mmg selekeh tak hingat pergi ofis dengan pakai suar jeans, t-shirt putih, tudung hitam & jaket 'lusuh' ala² vintage gitu. Pkai pulak selipar Ipanema tu jek.. Mana tak nya. Seminggu lebih tak balik rumah. Baju apa pun semua tak ambik. Berbekal baju yang dibawa dengan baju yang ditinggalkan kat rumah papa. Payah betul.

Bukan apa, sekali kalau dah pegi umah papa, malas aku nak berulang alik lagi dah. Kalau tak pi umah papa nanti papa duk call² tanya berbuka mana, sahur mana.. So alang² terusan je duk umah dia. Senang Ada depan mata dia tak tertanya². Lagipun dalam keadaan Aqeel admitted ni, kene la bergilir pi jaga dia..

Semalam singgah coffee shop kat lobby hospital tu, budak lelaki yang sama aku pernah jumpe masa arwah ibu buat dialysis dulu.. Aunty admitted operate keluarkan Aqilah dulu pun jumpe dia sampai dia kenal la kami ni adik-beradik.

"Lama dah kak tak nampak? Sekali jumpe, dah berisi dah.."

Aku senyum je.. Senyum dalam ati panas wor..

"Sapa yang admitted?"

"Adik"

Aku senyum lagi.. Dapat air yang aku order, terus aku blah..

Tak agak² la budak nih.. Yes aku mmg dah berisi.. Bahagia la katakan..

Hari ni banyak bende nak kene settle nih.. Makan duit lagi.. aiyoo.. tension sungguh.. Sebelum pape.. jum lelap mata sat..

Wah!! body dia sangat menawan..

Sep 1, 2010

Jarum

Pepagi lagi perut diserang ribut taufan yang teramat. Ni berkat makan tauhu cili api semalam nih. Huu.. sedap mmg sedap. AJ yang ajor masak mende ni. Peluh jantan sume habeh kuar. Bulu roma sume berdirik. Aduyai ada orang dalam toilet plak. Jenuh aku berperang dengan diri sendiri sambil menunggu. 1 minit terasa macam satu jam. Selesai 'termenung', mulut dan tekak serious rasa kering yang teramat. Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk meneruskan puasa yang tinggal lagi beberapa hari je lagi.. Sayang laa... Selagi tak nampak bintang², rasanya still boleh kot.

Settle pegi bank baru datang ofis. Yes laahh.. masih berbaki rupenye 'ribut taufan' tadi. Kali ni bukan ribut taufan kot.. Lebih kepada angin yang bertiup sepoi² bahasa.

Then tak lama dapat call dari Ekyn pasal 'accident' kat rumah yang melibatkan Aqell.. Abg.. abg..

Bibik tengah menjahit. Agaknya ditinggalkan sekejap kerja dia tu sebab nak attend Aqilah. Tau² Aqeel dah menjerit² sambil menangis. Kaki dia dah termasuk jarum!! Semua jarum tu dah termasuk yang tinggal benang kat ujung tu je.. Ya Allah..



Pergi klinik dapat keluarkan separuh je sebab dah patah separuh jarum tu.. Terus bergegas bawak pegi hospital sebab chances untuk Aqeel masuk operation room sangat tinggi. As in this moment, he is in the emergency room waiting to be x-ray.

Abang Aqeel.. Sila jadi ben ten. Tabahkan diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...