Showing posts with label Fun. Show all posts
Showing posts with label Fun. Show all posts

Oct 4, 2012

Barang terbuang


Tak pernah terfikir nak buat cenggini... Kalau tau dulu masa pendidikan seni kat sekolah, buleh je la come with the idea lagu nih.. Mudah, simple dan senanng sekali..


Jello


A very creative idea for the weekends kan?



Mar 1, 2012

Kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup..

Baru je melawat blog cikmin.com sebab terperasan Cikmin ada update entry baru.


Mula-mula tu tak perasan. Tiga ploh saat selepas itu baru lah terperasan yang Cikmin dah tukar blog header yang baru.. Pheewwiiitttt... Kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup.. hidung ai nyah! 


Mau tak kembang.. kuncup.. kembang.. kuncup.. Gambar header tu hasil tembak² tak bertauliah yang Cip buat last time masa menang macaron bulan lepas untuk GA yang Cikmin anjurkan. Kiranya ini first time secara officialnya other blog menggunakan gambar yang Cip tangkap. Padahal Cip bukan professional photographer pun. Saje tangkap untuk suka². Currlllaaaasssstttt taw!

Koleksi gambar macaron yang Cip tangkap DISINI

p palang s: Cincin yang Cip guna dalam gambar tu ekceli cincin nikah Cip sendiri.

Feb 9, 2012

Wow Weeee.....


Keputusan 2ND BIRTHDAY BLOG & MACARON GIVEAWAY


telah pun diumumkan 

Seronoknyeee.... Tak sangka ada rezeki menang.. Ngeh ngeh ngeh.. Alhamdulillah.. Hari tu Cip ada join give away oleh cikmin.com bersempena blog beliau yang sudah mencecah dua tahun existence nye. Memula takmo join sebab tak rasa buleh menang. Ye la.. Cikmin nih ramai peminat dia. Kalau dapat macaron free takkan lah takdak sapa pun nak kan? Ramai la yang duk beratoq. 


Tapi dengan hadirnya satu perasaan untuk memeriahkan majlis, Cip join jugak dan entri tersebut Cip tulis about few weeks ago 2nd Birthday Blog & Macaron Giveaway by Cikmin Macaron

Dapat tau keputusan pun x-ofismate Cip yang habaq tadi thru YM. Wah wah wah... kembang hati Cip sat.. Huhuhu.. macam ala-ala surprised present gitu.. So, Cip pun terusan aje bukak blog cikmin bagi memastikan betul ke Cip dah menang. Lepas je cekedaud, mmg konfem kemenangan ditempat kedua milik Cip. Best.. best.. 

Apa hadiah itu ye?

Cikmin kata dapat free macaron. 
Latest macaron promo by cikmin.com

Since ritu Cikmin tak inform what kind of macaron yang dia akan bagi rupanya dia nak bagi heart shape punye macaron. Yeay!!

Selain daripada tu Cikmin juga akan bagi satu set kalendar 2012 cikmin.com



Yang paling best siap ada hadiah bonus lagi tu. Apekah ia?? Cip pun tak tahu. Tapi Cikmin cakap dah sampai nanti tau ler.. Surprise lagi.. Triple yeay!!

Thank you ye Cikmin.. Thanks alot.


Dec 12, 2011

Movie Review: Ombak Rindu & Twilight Breaking Dawn Part I

Weee.... Finally dapat jugak Cip spent few hours berlibur tengok movie last weekend in Queensbay Mall. That night Cip dan suami ada dinner date dengan sedara-mara sebelah suami Cip yang datang cuti-cuti M'sia di Penang ni. Anyway, this is what I think about the movie.

Twilight Saga: Breaking Dawn Part I


Sebelum movie nih di releasedkan lagi Cip already read the novel for the second time so basically mmg very clear how the story goes in my head after reading it. Yang paling Cip kagum sekali dalam movie Twilight Saga kali ni ialah effect dia. Especially bila Bella berubah jadik sangat cengkung mukanya dan sangat kurus badannya. Betul-betul believable
Bila Bella find out yang dia akan mati melahirkan baby yang dikandungkannya..

Yang paling best, suami Cip loved the movie, even though dia Team Jacob & Cip pulak Team Edward. 

In short, it is worth your money to watch the movie dekat panggung. Worth it sampai Cip rasa buleh je kalau nak pi tengok lagi sekali. But tak sebest kalau tunggu bluray dia kuar nanti sebabnya there's a few important scene yang kene potong bila dalam panggung. Therefore, I'll be waiting for the bluray indeed. 

*Review New Moon & Eclipse

Ombak Rindu


As for Ombak Rindu lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz ni, I can say that tak worth your money and typical Malay movie la. Yes.. Cip mmg ada baca novel dia masa UNITEN dulu and even bought the novel baru-baru nih (demi nak recall balik macam mana jalan cerita dia). Tak mahal pun RM19.90 je.. 

Suami Cip kata jalan cerita dia mmg bagus tapi penyampaian dia tu tak believable. Kalau pengarah dia Kabir Bhatia, mungkin apa yang disampaikan lebih cantik. Pada Cip watak Izzah yang dibawa Maya Karin menjadi, walaupun loghat dia serta penampilan dia masih tak cukup nampak macam budak kampung.. Watak Hariz yang dibawa oleh Aaron Aziz pulak mungkin tak berapa menjadik. I mean Aaron berlakon mmg bagus tapi sebagai watak Hariz, I just don't believe it entirely. Cakap pasal watak mak Hariz dengan tunang Hariz tu pulak.. Haishhh.. The way they wanted to portray the watak most of the time tak fit with the profile tu. Maksud Cip ialah watak yang dibawa oleh pelakon tak fit dengan profile watak tu sendiri.

"Abang rindu sangat dengan Izzah.."
Namun Cip tak nafikan, yang orang len duk tengok sampai menangis-nangis tu adalah kerana terbawa-bawa dengan watak Seth Tan yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dalam cerita Nora Elena tu. Tambahan ada part Aaron Aziz menangis pulak tu haishh... depa hat peminat Aaron Aziz nih, mau tak menangis sama.. Ada satu scene je yang Cip hampir menangis.. tapi tak mengalir air mata pun.. Selain daripada itu, mereka yang pergi tengok akan rasa best je cerita ombak rindu nih kalau dorang pernah mengalami situasi atau masalah yang lebih kurang sama dengan jalan cerita tu. Konfem terbawa-bawa punye menangis sampai basah shawl yang siap boleh perah lagi. Hahaha...

As for Cip, 10 min before cerita tu habis, Cip tak sabar nak keluar sebab tengkok dh lenguh duk ke kiri.. pastu ke kanan.. Pheww... 

p palang s: Citarasa kita semua berbeza-beza..:D

Sep 26, 2011

Reminiscing the old memories

Nothing much to tell today. My thoughts re-visit the old memory lane where it was my last vacation with my late mother.. 
The snow is melting in late December at Grand Canyon

Grand Canyon in late December.

Can't remember where this taken

Stop for coffee and a light breakfast in San Fransisco
At the Celine Dion concert in Stadium Merdeka. Epic!
The Mother That Loves
The Mother That Cares
The Mother That Helps
The Mother That Worries
The Mother That's With You Through It All
The Mother That Raised You To Be Who ANd What You Are
The Mother That Encourages You
The Mother That Works Hard For You
The Mother That Sacrifices
The Mother That Is Here Only For You
The Mother That Has Lived All These Years For You
The Mother That Is Surviving Only For You
The Mother That Is Here
The Mother That Is There, For, This Mother Is Everywhere
The Mother That Is Kind
The Mother That Is Warm-Hearted
The Mother That Is Super-Women.

Sep 25, 2011

Happy working song

It's almost 2 o'clock in the morning and am still awake while watching the game between Stoke and MU. 

Actually husband Cip yang kate dia nak tengok game nih. Aleh-aleh dah hanyut. Penat sangat katenye. Ye la duk mengemas rumah dari pagi sampai ke petang. Kami pun sampai rumah dalam pukul 12 macam tu. Dinner dgn Papa and family dari Kelantan di Penang Island sebentar tadi.

Cip balik je daripada mengajar siang tadi, kelihatan alas kaki sedang bersidai di pagar rumah menandakan husband Cip sedang giat mengemas rumah.. Memang tak dinafikan cara Cip dan husband mengemas ada sedikit perbezaan. Kalau Cip ngemas, ada je brg yang tak patut ada, Cip buang. Tapi as for my husband, dia sayang pada brg-brg.. end up sume pun dia nak simpan dalam stor. Walaubagaimanapun, tidak Cip nafikan bahawa dia lah lebih pandai mengemas daripada Cip sendiri. 

Kalau husband Cip yang mengemas rumah, habis semua dia kemas. Siap ubah susun atur furniture lagi. Yang Cip takut bila nak carik brg-brg Cip tu semula yang dia kemas.. Dia sendiri lupa mana dia put away.

Malu jugak Cip dengan dia kadang-kadang tu sebab hasil kerja dia mengemas tu nampak kemas sungguh. Siap dia sempat cuci kereta, moto, lantai depan, lantai dapur, toilet.. ape yang buleh dibasuh kat dapur, sume dia basuh lah.. Kembang-kembang hati Cip balik-balik sume tinggal nak masak je la.. Masak dengan penuh perasaan happy and glad.

Muke nampak ganaz, tapi pandai mengemas.
Itu lah dia suami Cip si Zero2Hero tu..

p palang s: Ues and I, are so lucky to have you in our life...

Sep 22, 2011

Sharing is caring??!!

phew!! Lame sungguh tak hupdate.. Kalau ikut tahun anjing lah ni, mmg udah tua bangka ghasenye.. Actually nothing much really. Cip sekadar busy dengan rutin-rutin seharian yang tak seberapa nih. Plus lepas raya itu hari every weekends je ada la kesana dan kemari. So bila weekdays tiba, meng'qada penat yang masih berbaki tu.

Lemme introduce one of the best game ever I've played so far. The Sims Social yang tengah menular dekat facebook sekarang nih. 

Cip mmg pernah addicted main game ni dulu. Best betul! Now, bila dah ada dalam facebook lagi mudah. tak perlu dah beli cd game pirate tu lagi. Tiap kali beli tah berapa no siri dia tah.. Selalu je fail bila nak install.

Tak tahu la ape yang syiok sangat men game nih tapi mmg addicted. However kaalu dapat install dalam pc la game nih lagi best. Tak perlu nak tunggu-tunggu macam sekarang nih.

Baru teringat yang Cip nak kene buat test untuk student.. Hurmm.. Kalau takdak mood, mmg la payah nak mengahadap komputer nih prepare those things.. Tapi depa nak SPM tak lama lagi.. Pikir hat tu je la..

Owh sebelum terlambat dan jadik basi.. ingin sekali Cip mengucapkan tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana memberikan performance yang terbaik di dalam perlawanan menentang Jepun semalam. Walaupun ramai yang kecewa sebab kite kalah tapi ramai juga yang kagum dan appreciate dengan semangat serta kesungguhan KFCM menjaga gawang Malaysia.. Kite tengok ape kate Khairul Fahmi dalam tweet beliau semalam.

Nak follow? Sila ke @fahmiapexs

Another thing yang menarik perhatian Cip semalam ialah fesyen yang telah diolah oleh salah seorang designer Malaysia rayenye.. menggunakan kain tenun. 

Tak dinafikan memang cantik designnya.. Err rasenye la.. tapi bila melihatkan kain songket dibuat baju sebegini Cip rasa macam hilang sudah ciri-ciri dan qualiti etnik serta tradisionalnya.. Mungkin Cip agak old fashion barangkali. Tapi mengikut pandangan Cip, dengan penambahan tali dibelakangnya membuatkan kain tenun tu nampak murah. Padahal kain tenun nih bukan main mahal lagi.. Antara respond yang Cip dapat daripada kawan-kawan tentang fesyen lagu nih..





Cip rasa it supposed to be like this.


Tak kisah lah.. Old fashion pun, old fashion la. Cip still suke pada keasliannya tu. Nampak manis dan ada nilainya yang tersendiri.. 

Baiklah, sebelum Cip akhiri post kali nih, Cip nak share excitement dan enthusiasm Cip akan ketibaan movie Twilight Saga: Breaking Dawn pada bulan Nov ni. Haruusss lah ada countdown kheennn?? So.. enjoice...


Sep 14, 2011

REVIEW: The Smurfs


Hewleww... Lama sudah Cip tak pegi tengok wayang. Last week, Cip finally berkesempatan pi tengok citer Smurf yang Cip suke tengok kartun dia masa kecik-kecik dulu.. Cip pegi dengan Toek je sebab suami Cip keje masa tu. So dia pun drop kami dekat Sunway dan kami jelajah seluruh Sunway tu sambil menunggu masa utk tengok Smurf.

Cip suruh Toek choose cerita apa yang dia nak tengok. Ingat nak tengok Hantu Bonceng, tapi Cip takut tengok muke Julianna Evans jadik hantu tu.. Bukan Cip sorg okeh takut.. Toek pun takut sama..

Kami decide utk tidak menonton cerita tersebut kerana takut akan mimpi pada malam hari nanti.. So tinggal Smurf dengan Cars 2.. Toek tanya sedikit synopsis both of the movie.. Cip pun explain la kat dia.. Bukan senang tau nak explain bagi 4 year old faham story line sesuatu movie especially bila movie poster tu agak mengelirukan seperti cerita Final Destination.


Nak explain hat cite nih paling susah Cip rasa sebab toek tanya "Ni cite hantu ke?" Bila Cip kate bukan, dia tanya lagi "Kenapa ada tengkorak cucuk-cucuk?". Cip cakap la "Ni citer eksiden.. Yang ni Ues tak leh tengok sebab utk 18 tahun ke atas shj. Ues baru 4 tahun." Sambil tunjuk tanda empat dekat dia. Dia tanya lagi "Tak buleh tengok sebab citer hantu ke?" Yela pada dia, gambar tengkorak maksudnya hantu ler. Explain lagi.. "Bukan citer hantu tapi citer eksiden. Ganas sangat. Budak-budak mmg tak buleh tengok. Tak elok." Toek buat conclusion dia sendiri.. "Pastu dia eksiden mati jadik tengkorak ye?" Kat situ Cip rasa Cip kene iyakan aje sebab dia akan keep on asking sampai Cip tak tahu nak jawab apa nanti.. 

The Smurf nih Cip rasa agak kurang menarik utk budak sekecil toek nih sebab toek tak nampak tertarik tengok movie nih. At the beginning je dia pay attention. Kalau tak salah lagi 20-30 minit sebelum movie habis, dia dah restless dah.. Cip pun mula rasa bosan sebab typical agaknya. Almost at the end, Cip teringat cerita Enchanted yang dilakonkan oleh Amy Adams tu. Enchanted lagi best pada pendapat Cip. Paling Cip suka ialah cerita Despicable Me. Masa tu bawak toek umo dia baru 3 tahun. Just imagine dia pun gelak sekali tengok cerita tu means dia faham the jokes dalam cerita tu.. How cool is that? Therefore, I think I'm gonna give The Smurfs 2 star.

Habis tengok Smurfs, kami pi men game pulak. Kids paradise.. Suami Cip dah tunggu kat situ dah. Beli token pastu suami dan toek la pi main.. Cip duduk-duduk tengok sambil tembak-tembak gambaq depa..


Lepak Starbuck makan Blueberry Cip Muffin..


Test power merempit dengan bantuan ayah..

Test power menembak pulak...

Game pertama yang dipilih oleh toek..
 What a fun day!

Four-year-olds make good use of their language skills. During this year, your child masters language well enough to put sentences together into full stories and just generally talk your ear off.

Aug 17, 2011

Books - Calling Romeo

The latest book by Alexandra Potter. Cip masih lagi tak habis baca. Rasanya last month kot beli. Bukan sebab tak best tapi bertangguh-tangguh. Setiap kali nak masuk tido, Cip baca sikit. Adakalanya, mengantuk tak hengat. So tak sempat nak baca even the first line terus je tido.


The first book Alexandra Potter yang Cip suke dan terus hooked ialah Becareful of What You Wish For.. Enjoy betul baca buku tu.

Ada lagi tajuk tajuk lain selepas tu. Well, tidak sebest BWYWF nih. Cip rasa pada mereka yang suka membaca chick flicknovel, boleh try sendiri baca hasil tulisan Potter ni.:D


Aug 12, 2011

Macs lagi for the 3rd time

Macaron dah sampai.. Yeay!! Haruslah makan masa sahur sat lagi... Tengah menapekan ia dalam freezer at this moment. 

A million thanks to Cikmin Macaron sebab siap bagi surprise lagik.. You are just so sweet gitew.. Terharu tau. As if like dapat birthday present macam tu gembiranya.. :D

Masa bukak-bukak kotak yang memprotectkan macaron tersebut, terusan Cip teringat sama Toek. Masa first time order macaron last time, Toek was here and he loves macaron so much. Aduuii.. Pilu pulak ati nih.. Tapi masa tu just because nak rasa so tak order banyak. Ada 15 pieces je. Cepat le abehnye.. Bila Toek ternampak gambar macaron tu dalam lappy, dia tanye Cip "Nde, nak makan yang itu.." Alahai... Kesian Toek. Cip kate la "Dah habes la Ues.. Nanti Nde beli lagi ye.." As a parent ape yang diminta oleh anak-anak nih, mmg kita nak bagi je. Kite pulak yang hampa lebih bila tak dapat nak tunaikan permintaan mereka. Kalau Cip save kan macaron ni macam mana? Mampukah macaron in bertahan sampai toek balik kesini nanti? *bunyik cengkerik

Dah nampak macaron yang berbalut dalam kotak tu, Cip terus simpan dalam freezer sebab ia lebih sedap lepas di freezekan at least 24 hours. Rupenye ada macaron extra Cikmin bagi sekali tapi letak dalam small plastic wrapping berwarna blue turqoise and white.  

Since Cikmin kata suruh inform kalau dah dapat, so Cip terus keluarkan hat dua ketui extra tu and shoot-shoot so that buleh upload kat FB and tag Cikmin just to let her know that her macs has arrived safely.

Cip ada mentioned dalam post sebelum ni yang bertajuk Mac-a-what kenapa Cip suke no ngan macs nih.. Well baru tiga kali je beli.. tergolong dalam golongan suke ke?? Hurmm.. buleh la khot ye.. Suke more than lite-lite bolay..?? *In love khot rasenye sebab susah nak dapat..
Dah bukak wrapping hat dalam box nanti, Cip nangkap lagik gambor macs yng sexy mexy serta menggiurkan tu.. Itupun kalau ler teman ghajin ye yeop.. assalammua'laikum.. Selamat bersahur..

Aug 4, 2011

Ahkak - 'Sorry jejari I tak runcing uollsss'

Cip baru je terbaca akan satu blog nih. Dia menggelarkan diri dia sebagai 'Ahkak'. Kelas deq Ahkak ni.. Blog dia pulak namanye 'Sorry jejari I tak runcing uollss'. Bukan blog jejariruncing ex-tunang kepada KFCM tu ye.. Ahkak ni turut meletakkan tujuan blog ini diadakan iaitu:


Salam 1 Malaysia. Tujuan belog ini di buat bukan untuk kejar glamour atau ambil kesempatan terhadap mana-mana pihak. Tapi sebagai manusia yang tidak ada kaitan antara mereka berdua, ahkak cuma mahu si Hering mintak maaf secara terbuka kepada semua pihak yang telah dihina, dimaki, dicerca dan sebagainya oleh beliau. beliau lah punca segalanya. beliau lah yg memburukkan keadaan yg sedia buruk. gitewwww statement ahkak! 

Boleh melawat dan baca sendiri la post-post yang ditulis oleh Ahkak ni. Cip baca, buat Cip tergelak je. Kelakar Ahkak nih. Ada juga benarnya msg-msg yang cuba disampaikan oleh Ahkak. Hambek yang baik je ye.. :D

Blog Button

Waahh.. pandainyeewww..... *kembang-kembang.. Ape yang pandai nih??!! Selama satu hari semalam (okay, bukan la 24 hours precisely tapi berejam jugak le) Cip belajo daripada internet nih mcm mana nak buat button untuk blog kita. Buleh letak kat sidebar. Kire mcm special la sikit blog kita tu.. Nampak customizenya.. Dan hasil paling simple yang Cip dapat buat ialah.. tadaaaa...







<center><a href="http://cikcippuding.blogspot.com"/><img src="http://i1106.photobucket.com/albums/h363/azrulazneeta/Artwork/BCCP.jpg"></a></center>


Cun tak? cun tak? Ehehehe... Pada Cip simple habis la dah tu.. Bercinta nak buat.. Nama pun first time buat kan?

Macam mana nak buat? Okay.. No worries.. TUTORIALnya disini...>>

Jul 31, 2011

HARIMAU MALAYA - Success is not forever and failure isn't fatal.

Okay.. Eberibodi masih tak boleh terima kenyataan ke pasukan Malaysia kalah? Redha je la... Kite training lagi kay. Cip tetap menyokong mereka. Cip turun ke Stadium Bukit Jalil bagi menunjukkan sokongan yang jitu terhadap pasukan Harimau Malaya.

Yang paling best tu, Cip dan suami tidak melepaskan peluang untuk bawak sekali toek kesayangan kami.. Seronok sangat-sangat kami dapat bawak dia. His first football match ever okeehh!!! Ues very sporting. Cip bangga dapat bawak dia masa game hari tu. Tak dinafikan dengan selautan manusia.. Dengan kesihatan Cip yang mash tidak mengizinkan.. Ya Allah... dugaan betul. Namun demi Harimau Malaya..


Masa kami tengah sibuk-sibuk mencari pintu masuk violet, kami nampak kelibat sesusuk tubuh yang kami sangat kenal.. Eceehhh.. Fahrin ler... Adik Cip minat sangat ke Fahrin ni. So Cip pun mintak tolong suami Cip panggey kan Fahrin tu sebab kami nak bergambor sekali. Dah nama pun dia retis kan.. Dia tak kisah.. OK jer.. Dia dokong Ues, tapi Ues tak suke.. So gini je la gambo yang kami dapat.. Besor sangat gamaknya badan si Fahrin ni buat Ues takot... Marghahhahahaa...



Finally kami dapat masuk stadium dan carik seat betul-betul sebelah pintu masuk seat atas. Dah lepas game, baru kami tau yang ada tiket clone. No wonder ramai betul orang. Lebih daripada 90k penonton. Cip, suami, Ues kene duduk atas tempat sandar tu sebab dorang pakat ramai-raai duduk depan kami sebab kehabisan tempat duduk. Giler betul.. Walau dalam keadaan macam tu, Ues tetap being a sport melaung-laungkan Malaysia! Malaysia! Malaysia! Walaupun dibasahi peluh.


By 2nd half, Cip dah tak tertanggung lagi sakit punggung. Cip pun keluar dengan Ues duduk dekat dgn abang polisi sambil menghirup udara segar. Lega sikit. Tapi Cip tunggu tak lama. Suami Cip pun keluar dan kire nak balik sebab score pun dah nampak tidak mampu menjadikan Malaysia peserta World cup akan datang. Ekceli ramai yang decide untuk balik lepas 2nd half tu.


Berjalan kaki ke kereta dalam keadaan batuk bertalu-talu menguji stamina Cip. Penat tu tak cume semput sikit. Kereta dekat pulak kan.. Huu... Rasa lega bila dah sampai rumah tu. Kami terpaksa lalu ikut jauh sebab jalan depan Astro jam teruk. Dah sampai rumah tu rasa lega sangat... Cip dah tak bleh blah dah. Terus mandi, makan ubat, terus hanyut. Suami Cip la yang melayan toek makan, tukar baju, tengok tv sat... Cip betul-betul proud dengan toek.. Memang semangat kesukanan beliau tinggi betul.. Lepas nih, kalau ada game cenggini lagi mmg kami nak bawak dia lagi.. Hidup Ues!!! 


Jul 26, 2011

While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about.

Happy, glad, overjoyed, ecstatic, blessed, contented, delighted, intoxicated, thrilled, lively... Hah! hamek ko.. Banyak nye.. Ye itu lah perasaan Cip dikala dapat bertemu toek tersayang.. Happy bangat... Sampai terus dukung, lambung-lambung dia before masuk kereta. Lagi la berbunga-bunga riang melihatkan toek mampu tersenyum memperlihat gigi dia yang rongak tu. Cip dapat tau toek tak sihat.. Tapi still boleh senyum dan bersembang as if tak de sakit ape-ape.. Tough and very strong dia..

Ayah dia ada seminar so kami berdua ikut sekali stay dengan ayah dia kat hotel di PJ tu. Nak dijadikan cerita malam tu ayah dia di'ganggu'.. :) Cip taknak lah citer panjang hat tu.. Alhamdulillah takda apa-apa pun. 


Sambil menunggu ayah dia, nampak cermin, macam biasa lah.. dia akan berangan dia atromen.. Kali nih dia dah minat atromen mubeus pulak.. Cip ada bawak dia pegi Amcorp Mall before that saja jalan-jalan sambil tunggu ayah dia. Memula dia dah pilih beg galas spiderman. Nampak je patung atromen, huh... ditinggalkan beg itu terkontang-kanting.. Harus lah beli patung atromen itu..  hehehe...


A day before seminar tu, ayah dia sempat bawak pi trim rambut dia dulu. Cip hanyut sekejap lepas bagi dia breakfast. Tengok-tengok ayah dia dah bawak pi haircut. 

The next day Aqeel & Aqilah datang rumah sebab ingat nak pi swimming. Tapi depa balik dengan perasaan hampa sebab maintenance baru treat pool tu. Baru letak klorin. Kalau terus mandi, leh gatal-gatal. Cip pelik jugak depa nih ari-ari cuti pulak duk treat pool water tu. Tapi masa kat swimming pool UPM dulu, Cip ngan adik-adik pernah mandi masa depa baru taruk klorin tu. Mmg gatai-gatai kulit kat badan nih. Kalau kulit hat sensitif tu, lagi teruk la kot..

Malam berdinner dengan Mr. Aziz and family pulak kat BSC. Lama jugak Cip tak jejak kaki kat BSC. Masa nih la Cip dah rasa sengal-sengal badan, batuk lite-lite... Malam tu balik rumah mmg temperature Cip naik mendadak sampai suami Cip yang tolong lap-lap kan badan sebab terlalu panas. Lama jugak Cip tak sakit mcm ni. Sekali kalau kene, teruk jugak. Alhamdulillah lepas pegi KPMC check up, makan ubat, terus beransur pulih. Tinggal batuk je yang datang menjengah sekali sekala. 

Seronok betul dapat ber'hanging out' macam ni. Terubat rindu pada si toek.. already missing you. gud nite toek.. 
*Ayah dgn Nde.. Sayang Ues.. ♥ ♥ ♥



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...