Apr 8, 2011

Watak Usop Wilcha


Alahai.. Disalah ertikan pula.. Pagi ni dikala membaca Harian Metro (Harian Membiol bak kate Aidid Muaddib), aku terbaca akan ruangan SOSEHSOSEH dimana tajuknya sahaja pasti akan menarik banyak mata untuk membacanya iaitu Usop Wilcha: OKU Kecil Hati. 

Aku yakin 100% Abang Mamat Khalid tidak berniat untuk memerli mereka yang perlu memakai wheelchair ini kerana beberapa hari lepas, Fuh! di TV3 yang dihostkan oleh Awal Ashaari telah menjemput  Scha Al-Yahya dan Syed Mohamad Asrdalam rancangan tersebut. 


Antara soalan yang ditanyakan Awal kepada Syed Mohamad Asri atau dikenali sebagai Uncle Said oleh Scha (anak buah dia ghupenye) juga lebih dikenali sebagai Usop Wilcha, bagaimana watak beliau end up atas kerusi roda tersebut. Nak dijadikan cerita, beliau baru sahaja menjalani pembedahan by-pass beberapa bulan sebelum shooting untuk filem tersebut. Oleh kerana Abang Mamat Khalid nak jugak watak Usop Wilcha ini dilakonkan oleh beliau, maka Abang Mamat Khalid menyediakan wheel chair sekiranya beliau kepenatan dalam pengambaran tersebut.. Itu aje.. Dari situ jugalah watak tersebut di kembangkan.. Ahaii.. 

It isn't a big issue if you ask me. 

P palang s: Nenek aku pun pakai wheel chair..


1 comment:

Cahaya said...

berfikir utk diri kamu, suami kamu dan anak kamu.. kerana mereka la keutamaan kamu sekarang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...