Mar 28, 2012

Review: The Help, Colombiana, Contagion, Change Up, Fly Paper, Dolphine Tale, In Time & The Big Year

Tu diaaa tajuk movie.. Ini menunjukkan betapa lama sungguh la Cip tak tengok movie kan. Cip memang penonton movie tegar dipanggung sejak dari zaman anak dara lagi. Seminggu kadang tu sampai tiga kali tengok wayang. By the end of the week dah takda movie nak tengok dah dan tahap kebosanan melanda pada minggu itu. (No wonder la duit banyak habis kat entertainment sahaja last time). Let's start shall we..


Filem nih adalah antara yang terbaik sekali Cip tengok. Mesej yang cuba disampaikan mmg terkesan. Mengisahkan tentang maid African American pada era tahun dimana bereka yang mempunyai kaler kulit yang berlainan di beri layanan double standard gitu. Bukan ada action pun cerita nih. Lebih banyak berkisar tentang kisah sosial di kalangan wanitanya pada ketika itu namun tersemat di hati akan kesan filem tersebut. Makanya, Cip recommend anda diluar sana untuk tidak ketinggalan menonton filem ini. Cip boleh bagi five star for this movie.


Filem nih merupakan filem action dan berkisar tentang seorang budak perempuan yang di train untuk menjadi pembunuh oleh pakcik dia selepas melihat mak bapak dia dibunuh depan mata dia oleh mafia yang digeruni di Columbia. Filem nih mempunyai kekuatan daripada segi kisahnya yang action tu je la. Agak sayang sebab director tak tunjuk saat² Cataleya (pelakon utama) di train menjadi pembunuh. Tau tau dia kire dah terer dah bab² membunuh nih. Dia sorng je buleh menjatuhkan 10 orang sekaligus dengan cara gerila. Waahh gitu.. Cip kurang enjoy tengok cerita nih sebab macam ada something yang missing barangkali dalam cerita nih yang mengurangkan sense filem itu sendiri. Bagi mereka yang suke tengok perempuan belasah lelaki (Girl Power!!) buleh enjoy la kot tengok filem nih. Cip buleh bagi tiga bintang jek. *Zoe Saldana nih dalam Avatar lagi best kot..


Filem nih dibintangi oleh pelakon-pelakon yang kire hebat jugaklah kat Amerika sana tu.. Memula dulu seriously Cip tak perasan pun tapi disebabkan adik Cip kata best citer nih tu yang Cip beli and cube le nak tengok. Filem nih berkisar pada current situation yang pernah berlaku kat dunia berkenaan penyakit pendemic yang pernah melanda seluruh dunia satu waktu dahulu seperti H1N1 juga JE. Ingat lagi tak? Tapi kali nih kirenye ada lagi wabak terbaru yang melanda dunia dan effect ramai penduduk dunia yang lain. Filem nih lebih menjurus kepada penyiasatan punca daripada mana datangnya wabak tersebut. Macam dokumentari pun ada gak. Takda graf turun naik okeyh.. Kene dengar penjelasan dia sume baru leh faham. Ia lebih kepada informasi. Di akhir cerita, kalau kite nih seorang yang berfikiran panjang, kite mesti tahu kenapa agama Islam meletakkan larangan larangan tertentu dalam kehidupan kite. Boleh lah tengok untuk menambahkan lagi tahap kesedaran kita..


Bosan tengok cerita action, kite beralih kepada cerita lawak pulak. Cip mmg tergelak sakan jugak lah tengok filem nih. It reminds me of the movie Freaky Friday. Haa... lebih kurang cerita dia mcm tu la.. Cuma hat nih lelaki yang bertukar kehidupan mereka sebab mereka yang mintak mcm tu. So becareful of what you wish for because you might get it. Cumanya, dalam cerita nih terlalu banyak cursing dan banyak x-rated dipaparkan.. My gosh.. bebudak langsung tak elok tengok.. Nak gelak gelak seronok seronok dgn kawan kawan, leh la tengok..


Filem nih nak kata mengarut pun ada gak. Namanya ada Patrick Dempsey dengan Ashley Judd tapi lawak yang tak berapa nak menjadi.. All the punch line kebanyakan tak jadi.. Fail la cerita nih. Mengarut.. Rugi duit beli dvd, rugi duit pi tengok wayang (mujo tak pi tgk kat wayang pun)


Filem nih not bad la jugak. In the beginning cip tengok dah bersungguh sungguh dah sebab dalam filem nih dia ubah perspektif kita bila duit bukan lagi sebagai mata wang tapi masa yang kite ada utk hidup menjadi currency. Semua orang yang dilahirkan pun expiry date dorang bila sampai umo 25 tahun sahaja lepas daripada tu dorng mati. So kene la keje utk mendapat kan lebih masa utk hidup. Tapi at the end of the movie perspektif masa tu dijadikan currency mula jadik tak masuk dek akal.. Dan bila dah jadik macam tu, mula la kesilapan sikit demi sikit dalam movie tu kite nampak sebagai contoh pelakon pompuan tu berlari beria-ia sambil pakai high heels.. berhari hari berlari pakai heels.. giler arh.. make up tak cair langsung.. tetap nampak cantik. Lipstick secoet pun tak smudge.. pergh... Lagi sekali terasa mcm diperbodohkan pulak bila tgk movie nih..


Mereka yang suke memelihara burung buleh la tengok movie nih. Cip rasa cerita dia not bad tapi utk peminat peminat burung lah especially. Kelakar? Okay lah..


Filem nih mmg Cip duk nanti-nantikan sebab dia inspired based on true story. Selalunya kalau based on true story nih kalau kite tengok sampai buleh menitikkan air mata dan juga mendirikan bulu roma la.. Tapi filem nih gagal buat Cip rasa macam tu.. Cerita The Blind Side is so much better.. And a lot other based on true story nye movie as well.. Nak tengok buleh lah.. tapi agak bosan.. penceritaan agaknye membuatkan Cip rasa bosan.. Tak feel..

P palang s: Cip nak tengok The Help lagi sekali..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...