Apr 27, 2012

Welcome Mr Farhad..

Sebelum bersalin hari tu, Cip duk baca pengalaman bersalin org lain. Now, turn Cip pulak share pengalaman Cip melahirkan Farhad ke dunia ni.



Bila hari jumaat on that 13th of April (EDD) tiba dan masih tiada tanda-tanda menunjukkan yg Cip akan bersalin, dokter bagi sedikit masa lagi. 20hb tarikh diberi utk Cip di'induce' sekiranya masih belum mahu bersalin. Cip dh takut dh masa ni sbb ramai yg kata kene induce nih sakit. Geruunnn..

Alhamdulillah, dlm pukul tiga pagi pada hari Isnin, slowly Cip rasa tak sedap perut. Bukan memulas mcm nak buang air bsr seperti kebanyakan cerita org. Lebih kepada cramp kat bahagian rahim. Sakit tu comes and goes.

Mula-mula Cip ignore aje. Tp bila sakit tu makin kerap dtg, br la Cip tersedar yg mungkin itu sakit dh nak bersalin. The real contraction is finally here. Since kekerapan contraction tu tak consistent, so Cip tahan je la. Contraction dtg setengah jam sekali. Kadang 15minit sekali atau 10minit sekali. Memula mmg igt nk bgtau suami Cip, tp kang dia menggelabah pulak. So, Cip sambung la tido. Bila contraction je, Cip buat deep breathing. It helps a lot. (Mmg sakit. Rasa dia mcm bila kaki kita tibe-tibe cramp and there's nothing you can do beside stretching kan? Tp rasa dia kat perut la..)

That Monday morning, Cip ikut suami Cip pergi office dia and hantar MIL pegi follow up dgn doctor kat hospital. Masa nih suami Cip dh tau dh yang Cip mengalami mild contraction. Dia bwk Cip sekali ke sana -sini sbb takut nak tinggalkan Cip kat rumah. Jadi apa-apa nnti tak pasal je kelam-kabut. Sepanjang perjalanan tu dia yng berdebar lebih. Tak boleh control katanya. Somehow Cip tau masih lambat lagi nak delivernya sebab sakit contraction tu masih bearable. 

Pukul 11mlm finally contraction yg Cip duk monitor dari siang td consistent setiap lima minit. Suami Cip decide utk bwk Cip ke hospital ditemani MIL. Terusan aje ke emergency entrance. Sempat singgah Petronas berdekatan beli kudap-kudapan. Kang masa nak push, tak larat pulak kan..

Sesampai di ERnye entrance lebih kurang jam 12.00 tgh mlm. Daftar particulars (bagi je buku merah tu), kemudian Cip disorong menggunakan wheel chair ke labor room. Pemeriksaan pertama dibuat utk mengenal pasti berapa bukaan. Nurse tu kata br bukak 2cm. So dia suh admit ke ward dan Cip tidak disuruh pulang sbb Cip already overdue. Sebelum masuk ke ward, sample air kencing diambil. Ubat paksa buang air besar juga diberikan. Membuang la sekejap lps tu. Kemudian Cip disorong ke ward bersalin. Dorg bg bj yg warna pink tu suruh pakai. Nurse tu pesan kalau sakit makin kerap panggil dia dan buleh check bukaan. Dah masuk dalam ward, suami Cip sempat masuk sekali sekejap teman. Hantar air mineral dgn biskut oreo (dapat la jamah makan seketul je).

Sejam setengah berlalu, nurse perasan yg Cip duk tahan sakit. So dia tanya la nak check bukaan tak? Since dah sakit kan, so Cip agree je la. Rupenya dah dilate 4-5 cm mcm tu. Terus dia kata buleh pegi labor room. Nurse tu suruh bawak barang baby sekali. Cip whatsapp suami Cip yg ada kat luar wad suruh dia bawak beg baby and bagi kat nurse di labor room tu.

Dah masuk ke labor room, Cip diberi oxygen mask serta dipasangkan mesin CTG utk monitor heartbeat baby dan contraction yang  berlaku pada rahim. In case ada complication dokter buleh detect awal-awal. Kalau tak salah, masa nih dah nak dekat pukul 3 pagi. Lamanya rase menunggu untuk bukaan tu sampai ke 10cm. 



Masa whatsapp dengan suami Cip sebelum tu, dia bilang dokter expect Cip akan deliver waktu subuh nanti. However, berbekal kan jam tangan suami Cip (masa kat rumah lagi dia sarungkan kat Cip utk monitor contraction) sampailah pukul 6.30 pagi, Cip masih bertarung dengan kesakitan yang teramat. Dua tiga kali Cip tanya nurse dan dokter yang in charge masa tu untuk benarkan suami Cip masuk since dia dh pun daftar kan diri dia dalam program 'husband friendly'. Tapi depa duk kata, "Nampak kepala baby baru suami buleh masuk".. Hadoi.. masa nih baru dilate 6cm kot. Tension betul. ada sekali sekala Cip ditinggalkan keseorangan dalam bilik tu. Kene pulak contraction yang lasted few minutes. Fuuhhh.. Tumbuk dinding jugaklah sebab takde tempat nak pegang. Setiap kali sakit, Cip pegang headboard katil. Nak gerak lelebih tak bleh sebab duk pakai CTG punye wire tu. Kene baring je la tahan sakit. 

Bila dah dilate 7cm, Allahuakhbar... Sakit contraction tu teramatlah intense.. Setiap kali menahan sakit, sampai Cip menggeletar seluruh badan. Cip ada diberikan injection serta gas ape pun Cip tak tahu. Sampaikan satu masa tu, Cip request utk dapatkan pain killer sebab tak tahan sangat sakit. Depa kata depa dah bagi dah sebelum tu. Depa tak buleh bagi lagi. Tapi rasanya injection tu utk baby. Utk kuatkan paru-paru baby bukan pain killers pun. (Bila dah lepas beranak baru la terfikir, kalau Cip pakai pain killers and tak rasa contraction, mcm mana baby nak keluar sebabnya contraction tu bertindak utk push baby keluar daripada rahim.)

Around this time, all I can think of is I want this pain to go away. Memang Cip ada buat deep breathing tu setiap kali contraction datang. Jadinya nafas turun naik, turun naik la. Tapi dokter perempuan tu marah tak bagi breathing macam tu. Dia suruh bernafas macam biasa. Rasa nak hempuk jugak kepala dokter praktikal dengan oxygen mask tu. Dah la masa Cip teramat sakit and in need to hold something, Cip mintak la dokter tu pegang tangan Cip, dia bleh bagi hujung jari dia je.. Tak dak sifat empati langsung. Mujur ada budak nurse yang praktikal kat situ. Rasanya masa nih dah lepas pukul 7 pagi sebab dah makin ramai dalam bilik labor room tu. Dengan dokter praktikal lelakinya pun ada sekali. Tapi percayalah, dalam keadaan sakit to the max macam tu, mmg dah tak perasan sesiapa lagi dah. 

Since dah nak dekat sangat bersalin, jam, henpon, tudung Cip sume dah disimpan dalam beg oleh nurse praktikal tu in case emergency Cip kene C-section. Tu yang Cip dah tak terperasan pukul berapa. Dengan oxygen mask kat muka, Cip pandang lampu syiling hospital sambil berdoa dan mintak ampun pada Allah swt. Tak tahulah Cip cakap kuat ke ape masa tu. Cip rasa mcm Cip cakap sorg-sorg je. Tkde sape dengar. Sekali sekala ada la Cip mengerang kesakitan dan masa tu la nurse tu akan ingatkan " Kak baca Laillahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.." Cip baca dalam hati. Tak mampu dah nak berkata-kata. Cip cuma angguk pada dia menandakan Cip tau.

Cip hampir nak menangis (dua kali) sebab dah tak tertahan lagi sakitnya tapi diredakan oleh nurse praktikal yang duk teman Cip tu sambil dia urut-urut perut Cip. Tak lama selepas tu, Cip disuruh mengiring. Sampai tak perasan pulak bila masa dorang cabut wayar CTG tu. Bila mengiring, dorang tak bagi teran lagi. Then nurse ke dokter tah tanya sama ada Cip rasa nak push ke? Mula-mula tu tak da pulak rasa apa-apa. Rasa sakit ya amats je.. Then baru terasa.. Terus dorang tarik Cip kebawah sikit dan katil tu dilipat dua. Kaki pun kene strapkan ke tiang tu dan semua orang pun suruh push. Ada terdengar nurse panggil suami Cip suruh masuk tapi suami Cip masa tu takde pulak sebab pegi tandas ke tingkat bawah. Takde le rezeki husband Cip nak tengok Cip bersalin.

Dah macam sorakan tengok Harimau Malaya beraksi pulak dalam labor room tu bila doktor praktikal, nurse praktikal dan sesiapa sahaja yang ada kat situ semua bagi encouragement untuk push. Cip rasa dah habis teran dah. Nafas pun paling panjang dah masa tu. Tapi baby tak keluar jugak. Ada dalam sepuluh kali jugak meneran. Ke lebih? Tak ingat. Mungkin 5 ke 10 minit jugak Cip push finally keluar and at the same time Cip buleh rasa vjj kene slice. Rasa mcm paper cut. Dan selepas tu dorang letak kain atas dada Cip dan letak Farhad atas dada Cip. Cip terus pegang jari jemari dia. Very warm la dia.. Macam baru keluar dari microwave.. ahahhaa.. Masa nih seriously tak rasa apa-apa. Blur khot.. Then dorang angkat baby tujuk kemaluan dia dan tanya Cip apa gender baby. Cip jawab la, "Boy". Kemudian Farhad dibawa keluar untuk dibersihkan. Kuatnye la hai dia nangeh. 

Bila Farhad dah dibawa keluar, pelan-pelan dorang keluarkan uri pulak. Sambil dokter tu bg instruction kat budak praktikal suh double check keadaan uri yang dikeluarkan. 

Masa nak kene jahit, dua kali khot Cip tanya sama ada pakai bius ke tak. Hahahaa.. Depa kata mmg depa pakai bius. Alhamdulillah. lega.. Cip siap pesan kat dokter tu suh jahit cantik-cantik lagi. Walaupun pakai bius but still bleh rasa sting kene jahit tu. pergh.. Cip ada nak tanya berapa jahitan dia. Tapi tak sanggup la nak tau. So Cip diam dan menikmati je la saat saat dijahit tu. Sebelum dan selepas jahit mmg la kene seluk sikit sebab dokter nak keluarkan darah-darah beku yang masih tinggal dalam rahim.. Fuuhhh... Mujur tak berasa apa..

Siap kene jahit, dorang bawak masuk Farhad. For the first time la Cip bagi dia nyusu badan sambil ditemani oleh nurse praktikal. Mungkin sebab sambil baring agak ssh la nak breastfeed. Ibu dan baby pun masih dalam proses belajar nak adapt with each other. Even dah sepuluh hari usia si Farhad sekarang pun, mmg susah nak breastfeed dia sambil berbaring. Mesti kene duduk. Cip pun mmg lebih selesa duduk lagi. 

Alhamdulillah.. Everything went well tanpa ada any complication. Phew~ Syukur... 



5 comments:

Unknown said...

alhamdulillah...semua dah selamat...ko same je cam aku...contraction lama...aku contraction 16 jam n hampir diceaser sebab baby dah start lemas. cuma aku bersyukur sepanjang aku contraction ucop mmg dibenarkan sepanjang masa dengan aku...n aku second push baby dah keluar. tp lepas deliver je aku terus xsedarkan diri. pengsan sejam...haha..breastfeed tu mmg ko n baby kena belajar slow2. for sure jgn putus asa. aku alhamdulillah berjaya ekslusif breastfeed 1 setengah tahun. skrg baru start campur sebab susu makin sikit. awal2 ni mmg xdigalakkan menyusu sambil baring. nnt dah 3 bulan baru menyusu baring. takut baby tersedak susu.

RNie Adnan said...

Alhamdulillah... Tahniah ye kakak atas kelahiran Farhad. Selamat menjalani kehidupan sbg seorang ibu lak. I bet u r gonna be a very good mother... as well as a good wife ;)

Cik Cip Puding said...

Owh really 16jam? Pergh.. Mmg saket xhengat la tu. Tp ye la syiok ada husband dgn kite kan? Syam pon agak terkilan xspt masuk. Jenuh dia mwnunggu aiap tahan berak lagi dr lepas subuh tu. Pwlik sket rasa bf sambil baring.

Cik Cip Puding said...

Aiceehhh.. Thank you kak nini. It means alot. Ada kl mai la umah papa. Adik ada sini.

Jay said...

Hi.. seronoknya baca ni.. saya tiada pengalaman beranak normal.. Taniah... Saya sebenarnya blog walking.. Jemput visit my blog k.. byk tips breastfeeding... kalau sudi follow k..tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...