Dec 22, 2010

TERIMA KASIH


Assalammua'laikum... Alhamdulillah. Selesai sudah majlis resepsi aku hujung minggu lepas. Insyallah tak da aral yang lintang pukang, sebelah Syam dalam bulan depan.

Aku sangat berbangga dengan Encik Aziz kerana telah berjaya menikahkan sendiri anaknya. Diatas permintaan aku lepas confirm tarikh nak nikah hari tu.

HANTARAN



Aku buat hantaran dekat Bandar Tasik Selatan. Blok belakang ofis aku je. Ambik hantaran pun malam sebelum nikah. Huuu.. Aku agak kecewa sikit la dengan mutu yang kakak tu buat ekceli. Macam tak da effort langsung. Mengeluh panjang jugak aku masa tu (dalam hati la tapi). Memang member aku ada warning sebelum ni. Kakak tu cakap je besar tapi bila buat hampeh. Namun diatas pengalaman melihat sendiri hasil yang dilakukan semasa pertunangan member aku, aku yakin dan percaya dengan kemampuan beliau tu. Akan tetapi tidak begitu. Kesian kan..

Namun begitu, Hanis to the rescue datang kat rumah papa pagi tu sebelum berangkat nak pi nikah. Hanis bersama Uni, Kak Jun, Ryn, Syikin, Ijam, Yana berganding bahu men'tachap' kembali hantaran tersebut bagi ia kelihatan lebih anggun dan bergaya. (Thank you Hanis & the gang).. Bila di interview, hanis kata pagi tu dia dah tertido balik dah lepas subuh tapi suddenly terdengar suara aku kejutkan dia cakap "Hanis, bangun! Datang sekarang jugak!"

NIKAH TIME

Sebelum nak nikah hari tu aku memang takut sangat aku akan menangis berjujuran air mata tatkala selepas nikah sebab aku takut aku bersedih di hari bahagia aku bila mengenangkan arwah ibu tiada disisi.

Alhamdulillah, aku tenang dan gembira tanpa setitik air mata kerana semuanya berjalan lancar. Mungkin tidak pada Syam kerana gementar yang teramat, beliau terpaksa mengulang sebanyak 4 kali. Mujur abah ada dibelakang usap dan bagi semangat kat dia. He he he...

Dari umah papa sampai lah ke masjid, lepas tu sambut rombongan lelaki, kebanyakannya dialkukan oleh kawan² & adik beradik aku sendiri. Aku memang terkejut dan terharu sangat kawan² aku boleh take charge. Sebelum ketibaan rombongan lelaki, aku dah duduk mengadap kadi. Hantaran pun dah ada. Tinggal sebelah lelaki je. Mula² aku nampak kawan² semua kat tepi aku tetiba bila aku pusing nak pandang dorang, sume ilang. Tinggal Yana je kot teman aku. Pelik aku tetiba sume hilang lesap. Aku nampak sume ngah berbaris kat luar. Ingat dorang nak tangkap gambar. Rupanya Hanis dah bagi instruction suruh dorang sume berbaris & sambut rombongan lelaki. *Bergenang airmata*

Seriously aku memang dah nak nanges dah masa tu.. Air mata dah bergenangan kerana terlalu terharu dengan dorang sume. Buat aku realize betapa sayangnya aku kat diaorang semua.. Sayang sangat.. I love you all very much!!!



RECEPTION

Selesai je nikah aku dan Syam bergegas ke Homestay dan bersiap di sana. Kami lambat sikit daripada jadual. Sikit jew... takpe la sekali sekala tunggu pengantin. Nama pun raja sehari.
Semua orang yang mengikut rombongan lelaki, berkumpul selepas exit tol Bangi diiringi oleh budak² motor Kawasaki a.k.a kawan² miji. (Thanks Mizi for doing this..)

Well, the rest is history la kan.. Sape yang datang hari tu dapat saksikan semuanya. Takda la ape yang special pun. Cuma kami bersanding dengan Ues sekali.. Potong kek pun bersama. Teeheehee.. tak leh berpisah dengan ayah.. Anak ayah la katakan..

Diatas permintaan ramai (eheemm.. eheemm) aku & Syam menyumbangkan sebuah lagu buat tetamu yang berbaki lagi tiga, empat buah meja.. Masa tu je pun yang sempat. Selebihnye bergambar dan mengiringi tetamu balik.

Ucapan Terima Kasih

Firstly, aku nak ucapkan terima kasih pada Papa & Aunty, Syikin, Miji, Aqeel, Aqilah, Yana, Abang Wan, Kak Fatima, serta family aku yang terlibat dalam menjayakan semuanya.

Secondly pada makngah, daddy, Elin, Ijam, GG & Nayli yang banyak menyumbangkan masa & tenaga mereka bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Thirdly kepada pakcik aku yang menjadi sleeping sponsor juga pada doorgift² buat tetamu.

Unie & Fairuz thank you for every single thing that you've done for me.. Jasa korang memang Allah je yang mampu balas. Korang memang best giler!!

Sara Shahimi, ko pun memang kawan yang terhebat dipasaran. Rugi sape yang tak berkawan dengan ko. Ko hebat dimata kite!!


Kak Jun, Terima kasih tidak terhingga buat masamu yang sangat precious itu. *James memang jeles*

Hanis, tanpamu hantaranku tidak akan berseri² seperti bulan yang menyinari macam malam tadi.


Niny & Pijan korang ni kawan hidup & mati betul. Kami tak janji, tapi kami akan cuba sedaya upaya kami untuk bagi 120% time korang kawen pulak.

Cik Zu, terima kasih kerana sudi menjadi pengapit saya ye..

Encik Azwan, anda seorang pengapit yang sangat berkaliber.

Kak Ngah Intan, thank you banyak². Tanpa Kak Ngah Intan, majlis saya tidak akan jadi gilang-gemilang seperti majlis Siti & Dato' K. Ahakss..

Kalau ada sesiapa yang saya terlepas nak ucapkan terima kasih, saya mintak maaf. Terima kasih ye..



Buat TETAMU

Terima kasih buat rakan² & taulan (Sekolah rendah, sekolah menengah, UNITEN), sahabat handai arwah ibu (aunty Su, aunty Ray, etc), sahabat handai serta jiran tetangga yang sudi hadir bersama rakan² lain atau ahli keluarga masing² atau seorang diri. Kehadiran kalian semestinya memberi seribu makna pada kami sekeluarga.

Hadiah serta sumbangan yang kalian berikan begitu berharga. Saya, suami & keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada kalian semua. Terima Kasih... Terima Kasih.. Terima Kasih..





5 comments:

♥♥ ZERO VENDETTA ♥♥ said...

so suwit,
alhamdulillah semua dh selesai. tp kak azrol, tak sangka plk abg syam kena smpi 4x dlm macho² tu ;)

by the way, saya suka kerjasama kawan² akak yg bertungkus lumus mengendalikan majlis akak. credit to uni & firuz, kak nini & pijan, kak hanis dll

Cik Cip Puding said...

suwit kan kawan2 kite nih sume.. bangge tau dapat jadik kawan depa nih.. feewwiittt *bak kate fairuz..

Dia mmg macho.. macho diluar lembut dan rapuh didalam... uhukk..

anis said...

alhamdulillah akhirnye... bersatu jua... i'm so sorry x dpt nk bantu byk(mlm tu x dpt nk dtg) itu sahaja yg mampu ku lakukan wahai sahabat ku... menitis lagi airmata dikala membaca coretan kali ini... love u so much... semua org best ari tu... yes sara mmg best..even 1st time borak ngan die that day... to azrul: selamat mnjdi isteri dan ibu dan juga menantu yg mithali... byk2 bersabar dlm menmpuh alam rumahtangga... hope relationship kite kekal ke akhir hayat... syg kamu...

purapurataktahu said...

alhamdulillah. selesai sudah semuanya. Semoga kamo berdua terus bahagia hinnga hujung nyawa. Terus kuat hadapi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan berumah tangga. Luv u 2..3..4.. <3

Cik Cip Puding said...

kami menanti saat mu pula kak mah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...