Jun 14, 2011

Review: X-Men (First Class) & KL GANGSTER

Malam sudah larut dan CikCipPuding masih tak rasa mengantuk. Mata yang asyik berair ni sangat-sangat meng'annoyed'kan CikCipPuding. Panjang betul nak sebut nama CikCipPuding. Okay disebabkan nak sebut CikCipPuding tu panjang sangat sampai berbelit lidah ni duk sebut banyak kali, jadi pendekkan kepada Cip je la eh...

Cip pergi menonton X-Men: First Class tadi bersama suami dan adik ipar. Pada mulanya kami nak tengok KL Gangster. Katanya baru satu hari tayangan, kutipan sudah pun mencecah 1 juta. Betul ke tak betul, Cip tak tahu. Tapi tadi masa nak beli tiket, kesemua sesi sampai tengah malam FULL HOUSE!!! So ada benarnya filem arahan Shamsul kali ni betul-betul memikat penonton Malaysia. Tahniah Syamsul! Ada pulak nak menyaman beliau sebab katenye mendedahkan kebenaran yang berlaku dalam persatuan mereka. Hurrmmm.. Ironiknya, semasa diajukan soalan berkenaan persatuan mereka ini sama ada  mereka ada kene mengena dengan gangsterism atau tidak, mereka manfikannya habis-habisan.. Tibe-tibe mereka nak saman. Does this mean that it was all true??!! Entah lah.. Cip bukan tau ape pun pasal gangsterism di Malaysia ni.. 

Mystique.. Superpower idaman Cip..

Cip rasa cerita X-Men- First Class ni tidak lah sehebat mcm sebelum ni kerana banyak jalan penceritaan serta sejarah tentang watak-watak X-Men yang kite kenal selama ni. Walaubagaimanapun, Cip rasa berpuas hati dengan filem ini. Cip akui yang Cip lambat sikit pickup bila tengok filem ni sebab Cip tak perasan siapa watak X-Men ni sebelum mereka jadi X-men. Dah nak kat habis cerita baru ler tersedor yang Prefessor Xavier tu la Professor X. 

Cip memang suke sangat superhero Mystique tu. Yang boleh tukar-tukar rupe dia tu la. Baur Cip tahu yang dia baik rupenye dulu.. Tapi disebabkan dia dah ikut Magnito, terus jadik jahat macam Magnito jugak. Cip juga menyukai watak Professor X diwaktu muda yang dilakonkan oleh James McAvoy tu. He's so good at acting.. Realistic. Out of 5 star, Cip rasa Cip nak bagi 3.80 bintang.. buleh ke mcm tu? Boleh la...

Salah satu babak dalam KL Gangster
Cip berkesempatan jugak menonton KL Gangster walaupun terlambat masuk panggung 1/2 jam.. Dari pengamatan Cip sendiri, not bad. Berbaloi la tengok kat wayang. sebagus seperti yang dicanang-canangkan oleh org la kirenye.. Suami Cip ada menyuarakan bahawa dia nak cari DVD KL Gangster nanti bila sudah ada di pasaran. Untuk filem ni, Cip rasa hasil kerja Shamsul, dah banyaks angat meningkat daripada cerita dia yang dulu-dulu tu. Semakin bagus. Watak lelaki dalam filem nih pun believable bila bergaduh. Keras.. Pandai lawan. Hehehe.. layak tengok kat wayang banyak kali la kirenye..

Okay, mata nih dah makin mengantuk. Besok Cip kene bangun very early in the morning got things to do.. Good nite folks. Have a sweet dream.. *hugs*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...