Jun 16, 2011

GIVE AWAY FREE STUFF!!

Assalammua'laikum...

Dah lama dah Cip nak buat give away ni. Finally, sekarang baru berkemampuan. Okay, post yang kali ni adalah bersempena birthday Cip dan SuperHero kesayangan Cip pada bulan Jun ini. Bulan ni la.. So, Cip nak distribute beberapa barangan buat anda diluar sana. FREE okeh!! Ye.. Cip nak bagi barang FREE nih kat anda di luar sana...

Buat pengetahuan anda semua, barangan ni masih baru ye.. Takkan la Cip nak bagi barang yang dah gune khoott... Agak-agak la pun.. Free Give Away nya adalah seperti dibawah:

Sling Bag


















1. Sling Bag - Ada 3 warna dan kesemuanya berlainan walaupun berada dalam kategori warna hijau. Dalam gambar tu warna dia ialah hijau pucuk pisang. Kecik aje sling bag ni. Nak letak handphone, kunci, buku nota yang small sizenye boleh la.. Very cute over small girls Cip rasa.

Carry Bag
2. Carry Bag - Hat nih besar la sikit. Boleh dibuat letak telekung ke, Al-Quran nak pi mengaji ke.. tak kisah la. Yang ini ada 2 warna.. Dalam gambar ni fall under warna purple kekelabuan sikit. Lagi satu tu Cip tak ingat pulak warna ape. Kalau tak salah warna purple jugak but a bit pinkish than this one.

Tote Bag
3. Tote Bag - Luar dia diperbuat dari fabric Denim. Hat nih sederhana aje besar nye. Boleh letak telekung jugak. Kan dah nak masuk bulan Ramadhan ni. So, boleh la bawak beg ni masa nak pegi solat tarawikh nanti kan? Yang ni Cip ada 2 je. Sebelah kanan tu ialah rupa dalaman bag tersebut. Ada tiga compartments dalam beg ni dan salah satunya (tengah) berzip.

Voucher from NZ Wheels
Lastly,

4. Voucher - Ada dua voucher actually. Satu Voucher RM100 dari NZ Wheels dan satu lagi ialah voucher RM5 daripada brand Blackmores. Dua-dua Cip dapat bersempena birthday Cip.

Ape-ape pun sila baca dulu terma & syarat yang begitu simple seperti berikut:

1. Bayaran penghantaran perkhidmatan kurier sebanyak RM10, perlu ditanggung sendiri oleh penerima ye.

2. Tawaran ini untuk siapa cepat, dia dapat. Tak boleh booking-booking okeh. Sorang boleh satu barang SAHAJA.

3. Email kan details anda seperti Nama, No Tel, email, alamat penghantaran serta FREE STUFF yang menjadi pilihan kepada cip.puding@gmail.com.

4. Cip hanya akan respond pada mereka yang membuat pembayaran bagi perkhidmatan kurier terlebih dahulu.

5. Tawaran ini akan berakhir pada 30 Jun 2011.

So, apa tunggu lagi?? Email me as soon as possible.

Sharing the love all around
~CIP~

2 comments:

Unknown said...

nak beg telekong..

Cik Cip Puding said...

Nak beg telekung? Semua tu buleh jadik beg telekung.. Awak nak yang mana? Email ye details nanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...