Aug 11, 2011

Cinta Hati Kami Untuk Selamanya

Adik rindu kat ibu... 
Dah nak raya tak lama lagi bu.. 
Tahun ketiga beraya tanpa ibu.. 
Offcourse la sedih ibu tak ade masa pagi raya..
Sometimes I just pretend that you are working just like masa dulu-dulu.
Kan ibu selalu keje shift pagi raya pertama tu..
Kami semua tunggu kat rumah atok ngan nenek..
Tunggu ibu balik pukul 10 pagi tu, to celebrate raya together.. 


Adik rasa, beraya kat rumah atok ngan nenek agak sebak dan pilu..
I don't think it is just me but everybody...
Atok, nenek, your sister, brother, sisters & brother in-laws..
Apetah lagi Yana, Ekin, Abg Wan, Kak Fatimah...
Masing-masing tak tunjuk..
Tapi whenever kami melawat kubur ibu..
Tak dinafikan air mata ni mengalir jua..

Adik tak tahu how Abg Wan, Mizi, Yana and Ekin accept the fact of losing you...
Adik tak tahu bila mereka sedih dan rindu pada ibu..
Mungkin dikala adik tengah rindu dekat ibu nih..
Dorang pun duk rindu kat ibu sama..


Kebanyakan memori yang adik ingat pasal ibu..
Banyak masa ibu tengah menahan sakit pinggang yang teramat dekat rumah Plaza...
Ibu suruh adik tolong sapukan minyak angin dekat pinggang sebab ibu kate lenguh..
Pernah sekali tu masa ibu on the way balik dari hospital..
Ibu datang singgah ofis.. Settlekan pasal cheque..
Ibu tak sihat jugak masa tu.. 
Ibu berpeluh sejuk..
Adik nampak tangan ibu menggeletar... Ibu menggigil..
Ibu patut rest kat rumah masa tu..
But you act like you are okay...


Rindu nak tengok ibu senyum..
Rindu nak dengar ibu buat lawak yang tak berapa kami nak faham kadang-kadang..
Sebab sense of humor ibu tinggi sangat.. :)
Rindu nak sembang dalam phone dengan ibu..
Rindu nak berbuka puasa dengan ibu..
Rindu pergi shopping dengan ibu and the girls..
Rindu nak pi hang out and minum Starbuck dengan ibu
Rindu nak pi vacation dengan ibu..
Rindu bu.. Rindu sangat-sangat..
Thank you ibu for everything yang ibu buatkan untuk kami..
Insyallah kami takkan pernah lupa untuk sedekah Al-Fatihah buat ibu di sana...

Baru tiga tahun..
Lama-lama nanti okay la khot ye bu..?
Lama-lama nanti kami tak de la sedih-sedih lagi kan?
Lama-lama nanti kami akan get used dengan these feelings of missing you kan?
Ibu cinta hati kami.. 
Ibu... semoga ibu tenang di sana...

"Ya Allah, ampunkan segala dosa ibu kami dan tempatkan ibu kami ini di dalam golongan orang beriman."







2 comments:

Dayah said...

Salam Azrul,

May ibu rest in peace, Amin.
Moga rohnya di tempat di sisi orang-orang beriman, Amin.

Don't be sad.
Kita juga suatu hari bakal ke sana.

Cik Cip Puding said...

Sekali sekala kalu terkenang, cenggini la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...