Oct 23, 2011

Suspect with Dengue??

Di saat Cip menaip entry kali ni, mata Cip dah mula rasa nak terkatup secara perlahan-lahan namun kugagahkan jua...Semua pesakit yang tengah tidur dalam bilik ni tadi telah dipaksa rela oleh nurse-nurse utk bangun sebab mereka nak gantikan cadar- cadar katil pesakit.

Cip sekarang berada di KPJ Penang Specialist Hospital kerana menjaga suami Cip yang telah di'admit'kan semalam kerana demam yang berterusan. Baru je dua hari Cip ada kat sini tapi rasa seolah-olah dah 4 hari gayanya.

Suami Cip dah berasa tak sedap badan semenjak hari jumaat yang lepas. Dia mula sakit-sakit di bahagian bahu dan dada. Namun suami Cip tak suspect apa-apa sebabnya sehari sebelum tu, suami Cip ni pegi gym bersenam bersama kawan sekerja dia. Cip sendiri ingatkan sekadar mucsle pain. Tengah harinya suami Cip cakap dia rasa mcm nak demam. Dalam pukul 5 petang, mmg sungguh dia demam. Seperti biasa kalau demam kene basahkan kain dan letak kat dahi la sambil lap-lapkan badan sekali. Itu la yang Cip buat pun. Makan la beberapa biji panadol. Walaubagaimanapun, suhu badan suami cip tak turun jugak. 

Selepas solat Isya' Cip gegas pulak ke keda belikan suami Cip Panadol Actifast dan 100plus bagi nak menggantikan semula garam yang keluar dari badan. Dari baring kat ruang media sampi masuk ke bilik, suhu badan suami Cip tak menentu namun masih dalam kategori tinggi. Cip ada bilang dgn dia petang tu nak bawak pi klinik tapi  suami Cip rasa dia buleh tahan lagi. 

Suami Cip tak lena tido malam tu. Cip sekali sekala terlelap. Sekali sekala bangun basahkan kepala suai Cip yang mmg sangat panas diketika itu. Sampai la jam 2 pagi suami Cip dah tak tertahan dan mintak CIp bawakkan dia ke hospital. Itu pun dia masih ada hesitation. Pagi sangat katanya.. Beberapa minit kemudian, dia mengalah kerana tak tertahan lagi dah. Cip pun gegas bersiap ape yang patut dengan sehelai sepinggang drive membawa suami Cip menyusur jalan yang berkabus ke Perda..

Sampai je kat hospital, kami terus masuk emergency room. Sementara suami Cip dirawat, Cip uruskan pendaftaran dan tak lama lepas tu nurse kat bahagian admin tu cakap suami Cip kene admit jugak...

Setakat ni, blood test suami Cip are negative for dengue. Tapi doctor still suspect dengue. Therefore, doctor akan buat lagi blood test tomorrow morning. 

Ape je yang Cip buat kat sini? Cip habiskan masa dengan membaca buku Breaking Dawn... :D hehehe

2 comments:

Nadia Harnisa said...

La.. syam masuk ward ke.. Get well soon

Cik Cip Puding said...

ha'ah ler.. thank you..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...