Nov 2, 2011

Benci Bilang Cinta

Tak terkejut Cip apabila Cip terserempak akan kawan Cip yang sorang ni dan dia seolah-olah cuba buat-buat tak nampak Cip. Atau lebih tepat, menyorokkan diri dibelakang seseorang supaya tidak bertentang mata dengan Cip barangkali. 

Cip bukan lah rapat pun dengan dia ni tapi kire kenal-kenal macam gitu la. Kalau nampak tu kira boleh angkat tangan atau senyum. Bukan ada pergaduhan apa pun antara Cip dengan dia. Tak pernah ada apa-apa pun berlaku antara kami yang membuatkan dia bersikap demikian. 

Ada sebab mengapa dia membuat keputusan untuk benci dengan Cip. Cip rasa itu bukan satu rahsia. Dia je kot rase Cip tak tahu sebab apa. Terpulang lah pada si dia. Cip tak rugi apa pun. Yang pelik tu, if tak suke dengan Cip buat ape lah susah-susah add Cip sebagai kawan dalam Facebook? Even though Cip tahu niat sebenar dia, tapi Cip tetap jugak approve memikirkan dia tak pernah buat ape-ape pada Cip. Ini kerana apa sahaja yang berlaku dalam hidup Cip tak pernah melibatkan dia, keluarga dia, duit dia dan apa sahaja kene mengena dengan dia. 

Cip tahu dia sekadar mendengar perkhabaran Cip daripada orang lain yang membuatkan dia rasa dia patut benci Cip. Takpe lah. It is an individual decision. Cume tak perlu la nak add dalam facebook just because you can stalked me. Macam keji je.. But then again dekat luar buat tak kenai.. Cip sarankan, delete aje Cip daripada friendlist tu. Sebab Cip pun tak pernah add dia..

"Hate is to great a burden to bear. It injures the hater more than it injures the hated."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...