Nov 14, 2011

Tosei oh tosei

Owh kenyang sungguh... Alhamdulillah... Sebentar tadi, Cip ajak husband dan toek singgah di Kulim Landmark sebab Cip nak pegi kedai buku disana semata-mata nak cari semula novel ombak rindu yang pernah Cip baca satu masa dulu. Tapi salah seorang pekerja tu kata dah habis dah. 

Ni semua sebab asyik tertengok iklan di Astro akan filem tersebut yang bakal ditayangkan di pawagam berdekatan dalam bulan depan macam tu. Tertarik pulak tengok watak yang dibawa oleh Maya Karin. Walaupun sekadar tengok trailer, namun watak Maya Karin nampak hidup. Okay.. Okay.. Sudah sudah la pasal ombak rindu.

Selepas singah menyinggah di kedai buku dan Giant, Cip terasa nak makan roti canai. Jadi kami singgah di kedai  Hussain Nasi Kandar yang berada di sebelah luar Kulim Landmark. Mula-mula ingatkan dorang datang serve kami. Rupa-rupanya self-service daa... Kenapa tak nampak pun sign board mengatakan kene layan diri? 


Cip pun pi la kat kaunter bayaran tu yang merupakan kaunter utk mengorder juga. Ramai pulak orang masa tu nak dijadikan cerita. Mana yang beli nasi berlauk datang serbu daripada sebelah kiri terus ke kaunter yang sama. The same goes pada yang mengorder perlu berbaris (tak berbaris pun kalau dah yang nak mengorder utk satu meja 4 orang sekali berkumpul dekat situ) di sebelah kanan end up berkumpul dekat kaunter tu. Hurmm... tak systematic sungguh. Tidak dinafikan mudah lah bagi owner kedai tu nak kire all the foods and drinks yang keluar daripada kitchen. Tapi kita sebagai customer nih, rasa mcm payah pulak dengan sistem sebegitu rupa.

It was as if a saved by the bell bila makanan finally sampai dimeja kami. Toek dengan roti canai dan murtabaknya. Cip pulak order paper tosei (fave since I was so small). Roti canai dan murtabak sampai dulu. OMG... Lemme tell you this, the murtabak ayam is SO DEM GOOD!! Dihidang bersama kuah bawang yang warna purple tu (tak tahu namanya sebab tak pernah suka pun). It was really good! Roti canainya biasa je sebab roti canai yang disediakan agak lama. Tak lama kemudian paper tosei yang dinantikan pun sampai. Cip admit la.. It was good and delicious as well.. Made with love I might say. Yang hat maulana di Serdang pun tidak sesedap ini.. The taste is all there.. Phew... puas hati makan kat situ.. Kenyang sungguh.. 

Variation shapes of paper tosei

Lepas nih dah tak susah lagi Cip nak cari paper tosei di Kulim nih.. :D Hehehhee....

P palang s: Disebabkan terlalu suke makan tosei masa kecik, nenek Cip sampai cakap muke Cip pun dah macam tosei.. haishhhh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...