Dec 8, 2011

Cuti-cuti pi Krabi

Murah rezeki husband Cip sebab dapat bawa Cip, toek, ibu dan ayah mertua Cip disertai oleh dua buah family lagi. Cip pun tak tahu mana datang idea suami Cip tu nak ke Krabi dengan berkonvoi menaiki kereta. Tapi mcm tu lah. Kita merancang, tuhan menentukan segalanya. 

Kami semua berjumpa di stesen minyak Shell di Seberang Jaya (mengikut perjanjian pukul 10 dah gerak alih² gerak pukul 12) dan daripada situ kami bergerak ke Imigrasi Bukit Kayu hitam yang memakan masa satu jam (dah kata pun berkonvoi bawak anak² kecil sekali.). Tapi dalam perjalanan ke Bukit Kayu hitam tak la pulak rasa lama. Kire tak jauh la pun daripada rumah Cip. 

Keluar daripada Bukit Kayu Hitam kami terus parking kereta dan berjalan kaki bagi memasuki border Thailand pulak. Termasuk perlu mengisi declaration form untuk kereta yang hendak dibawa (insurans telah pun kami beli masa on the way ke Bukit kayu Hitam tu). Lepas je border Thailand kami terus tiba di bandar Dannok. Dalam pukul dua petang rasanya masa tu. 


Daripada Dannok kami terus bergerak ke Krabi berlandaskan GPS yang dibawa. Perjalanan mengambil masa 6 jam termasuklah berhenti di beberapa buah tempat untuk menyahut panggilan alam (Buang ayaq), beli redbull (kat M'sia sebotol 2.80 tapi kat Thailand sebotoi singgit aje), makan eskem, beli langsat dan yang sewaktu dengannya..


Setiba di Krabi sudah pun pukul 8 malam. Resort kami dikelilingi hutan dan bersebelahan bukit batu kapur. Dua tiga kali jugak lalu lang kat jalan besar baru jumpa tempatnya.


Selepas check in dan unpacked barang daripada dalam kereta, suami Cip keluar bersama kawan yang lain untuk menyewa motor bagi tujuan beronda² disekeliling Krabi keesokannya harinya.


The next day, kami mulakan aktiviti island hoping iaitu ke Hong Island. Betapa indahnya tak terluah dengan kata². 'This would be the happiest day of my life' kata Cip dalam hati.



Air laut yang jernih dan bersih, pasir pantai yang sangat halus, langit cerah tanpa awan... Masyallah.. Keterujaan nak mandi bukan berada di mata toek sahaja. Malah Cip juga dah tak sabar² nak terjun. Nak hitam ke ape ke, tu perkara terakhir dalam fikiran Cip.


Kami juga melawat beberapa pulau yang berdekatan. Spend masa dalam sejam lebih di setiap pulau.





Sebelum melangkah pulang ke resort masing², kami dibawa ke tempat untuk bersnorkelling.. Weee!!! Ikan²nya yang sangat friendly..



Punye penat la hai... Balik daripada island hoping mmg badan dah sangat letih..Berehat seketika kemudian kami keluar meronda naik motor dan singgah makan malam di Adam Bungalow. Salah satu restoran muslim di Krabi. 

Hari yang seterusnya, aktiviti menaiki gajah pula dilakukan.. Selepas breakfast, kami semua menunggu tour guide yang bertanggungjawab membawa kami menaiki tuk tuk untuk ke taman gajah berkenaan. Bukan murah naik gajah tau. RM80 (800 baht) satu kepala. Tapi disebabkan rombongan kami nih ramai dan kami menggunakan khidmat tourist guide, setiap orang hanya di caj 600 Baht iaitu 60 hengget selama satu jam.

Sempat bagi gajah makan..
Balik daripada naik gajah, kami semua singgah di Adam Bungalow untuk makan tengah hari. Selesai makan tengah hari kami teruskan aktiviti bershopping.. Tapi Cip dan toek balik semula ke resort sebab kami nak mandi pool pulak.. swimming pool di resort kami sangat lah cantik. Rugi tak spend masa berenang² dalam keindahan dikelilingi hutan macam tu.


Balik semula ke bilik kami semua kepenatan dan terus je tertidur sampai keesokan paginya.

The next day, bila dah packing² barang letak dalam kereta, check out sume, kami berjalan² meronda Krabi buat kali terakhir sebelum motor yang disewa dikembalikan semula.


Perjalanan kami tidak berakhir disitu apabila ada yang mencadangkan untuk bermalam di Hatyai malam itu. Jadinya malam tu mujo ler masih ada hotel yang available untuk kami diami untuk melepaskan penat dan lelah duduk dalam kereta berejam.

Keesokan harinya baru lah kami shoot ke Dannok, shopping sikit dan terus keluar dari bumi Thailand dan masuk semula ke tanah tumpah darahku, Malaysia.

Sepanjang perjalanan balik tu, bila Cip bayangkan semula percutian kami kali nih.. Cip tersenyum sorang sorang sebab Cip sangat happy bila memikirkan pulau-pulau dan air laut yang cantik tu.. Puasnya hati bercuti macam nih..


6 comments:

ZERO VENDETTA said...

best x kat sini kak azrol? *jelous* smlm tgk mahal lah pakej p sana :(

Cik Cip Puding said...

Pakai pakej mmg mahal ayu.. kami dah try check per person dalam 400 mcm tu. Ayu bayangkan kami spend 1500 sahaja untuk 4 adults and 1 kids. Drive sum more pi sana. Nak pi sana dapat yang murah Insyallah buleh.. You could ask Dato.. Dia pandai.. Dia yang carik temapt and everything with budget yang kite ada..

ZERO VENDETTA said...

wow menariknya. murah giler! kami pg bandung je pn dh dkt 3k utk 2adult & 1infant. waaa blh korek2 dgn Dato' la nnt. tp the best part, cm hebat giler lah korang blh drive ke sana kak azrol

Cik Cip Puding said...

It is actually not that far. As if macam dari penang ke tengganu or pahang mcm tu (quote to dato lah).. Jalan kat sana lagi mudah nak diikutkan daripada kat m'sia sendiri. Jalan dorang cantik (sebab dorang takdek underground cabel), smooth je and also straight. So tak susah actually. However tulisan siamnya lagi besar daripada tulisan ruminya.. Part tu la kene hati hati kalo terlepas simpang.. pheww... kene pusing jauh baru buleh buat u-turn..

Unknown said...

macam best je....bilalah saya n family nak berjalan2 ni....hmmm...

Cik Cip Puding said...

Pi je la sekarang Raja ooii.. ritu kami pi pun ada dua family siap bawak anak dorang kecik kecik lagi.. masing masing anak beza setahun.. Si Jan dgn Anna, anak dia setahun dgn dua tahun. Yang member kami sorang lagi Aznor dgn Anne pulak anak masing masing 2 & 3 years old..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...