Jan 30, 2012

Today


Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...


Sejak kebelakangan ini cuaca sememangnya panas dan itu merupakan salah satu faktor mengapa ramai yang mengalami batuk, selsema dan demam termasuk Cip sendiri. Alhamdulillah baik sudah. Batuk je masih berbaki sedikit. Baru je Cip jenguk ke luar dan kelihatan awan mendung menghiasi langit menandakan hujan akan turun sebentar sahaja lagi. Syukran..

Cip pergi buat routine check up tadi di klinik berdekatan. Segala-galanya normal. Nasihat yang Cip terima ialah untuk menambahkan sedikit berat badan. Wow.. jarang dapat dengar orang suruh kite makan banyak dan naik kan berat tu. hehehehe... Bayi dalam kandungan pun Alhamdulillah.. Sihat.. Degupan jantung juga normal. Aktif?? Sememangnya aktif sekarang nih terutamanya di waktu malam..



Jantinanya? Masih belum diketahui. Last time pegi scan, dokter masih tak dapat nak pastikan lagi. Jadinya segala persiapan baby tu, Cip dan suami beli je yang unisex. Cip tak kisah lah kalau nak tunggu je lepas bersalin nanti baru tau jantinanya. No big deal pun. Syukur lagi sekali hadiah sudah mula Cip terima dari rakan terdekat. Hehehe.. Thank you thank you..Terharunya.. Sudah Cip bilang masih lambat lagi tapi mereka yang excited dan dah tak sabar nak bagi. Rezeki anak. Terima kasih.

Penerimaan Ues? I love him. He is so sweet sometimes. Adakalanya kami ke kedai mainan dan Ues ada menyuarakan nak beli beberapa barangan yang dia suka. Bila ditanya untuk siapa dia pasti akan jawab untuk adik dia dalam perut tu.. How sweet of him. Right then and there I gave him a very big hug and kisses sebab comel sangat. 

Cip berharap perancangan yang dilakukan sekarang nih akan berjalan lancar in the future. Semoga Allah perkenankan segala usaha.. Insyallah.. 


Senyumlah sedikit.. Maniskan wajah dan elokkan budi pekerti. 
Janganlah asyik diselubungi marah kerana ia cermin BENCI penghalang HIDAYAH.
People don’t care how much you know until they know how much you care. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...