May 22, 2012

Pantang mana dan je..

Hari ni adalah hari yang ke 36. Maksudnya Cip masih dalam tempoh berpantang. Nama je berpantang tapi Cip rasa macam tak pantang lagi dah ni. Tambah dah settle down kat rumah sendiri. Tu pasai jadi pantang mana dan je. Phew~

Hari minggu yang lepas, Cip dan suami attend satu majlis house warming. Actually jiran MIL Cip pindah rumah baru mereka. Bila jumpa jiran tetangga yang makcik-makcik nih duk tanya Cip umoq Farhad. Cip habaq la 33 hari. So depa macam agak terkejut sebab masih dalam pantang. Tapi yang tak tahan tu bila depa kata "eh, sekejap je.. Dulu kita nih tunggu 44 hari tu punya la lama.." 

Sekejap? Ish tak lah sekejap sangat pun. almost two weeks masa Cip duk umah bapak Cip pun rasa lama bebenor dah ini kan pulak 44 hari.. Ish lama.. Cumanya sebab banyak masa Cip spent kat dalam hospital campoq dengan time berjalan-jalan ke KL (bkn bersuka ria tapi atas urusan). 

Seminggu pertama selepas melahirkan Farhad, Cip admitted di hospital. Bukan Cip sakit pun tapi sebab Farhad demam kuning. 4 hari Cip di hospital gomen. Then discharged balik kerumah MIL. The next day check darah Farhad, kuning naik, admitted di swasta pulak. Alhamdulillah masa di hospital swasta Cip dapat rehat yang sepatutnya. Di hospital Cip makan apa yang disediakan oleh hospital. Selain daripada tu kalau lapar, Cip ada bawak bekal roti, milo 3 in 1 dan biskut. Bila waktu melawat, MIL akan bawakkan nasi serta sup ayam. Pun Cip bedal jugak. Kenyang sungguh. The same goes di hospital swasta. 

Minggu kedua banyak dihabiskan di rumah MIL tapi dua hari terakhir Cip balik ke rumah Desa Aman sebab suami Cip perlu berkemas utk ke Mekah bagi tujuan melakukan umrah. Jadual penerbangan jatuh pada hari ahad. Di rumah MIL, adik cip serta adik ipar banyak membantu MIL yang patah tangannya semasa mengerjakan umrah sebelum itu. Masak memasak di monitor oleh MIL le.. Lauk yang Cip makan hanya sayur seperti sup kuchai dan sawi serta sup ayam. Bila balik rumah sendiri, adik Cip la yang tolong masakkan lauk utk Cip. Tapi Cip pun dah start pegi dapur jugak masa ni sediakan makanan yang simple simple. 

Selepas hantar suami Cip dilapangan terbang, Cip beralih pula ke rumah bapak  Cip bagi tujuan berpantang. Baru la Cip berurut selama tiga hari berturut-turut. Baru lah berparam, berpilis, pakai bengkung, girder sume lah.. Tahan je la telinga masa kene bebel dengan bapak Cip sebab lambat sangat start berurut. Nak buat macam mana. Hectic sangat minggu yg sebelumnya tu. 

Tukang urut Cip, Cik Ani yang perkenalkan set bersalin Air Mancur pada Cip. Sebelum nih ingat nak beli hat NR punye sebab ramai yang rekemen kata bagus. Sampai akhir tak beli. Bila dah berurut, Cik Ani kata pakai je Air Mancur punye sebab mmg turun temurun kat Indonesia, Air Mancur la paling feymes. Semua la dah ada dalam tu. Untuk mandian pulak terdiri daripada herba yang dibungkus dalam bunjut. Kene rebus campoq dgn limau purut. Okay truth be told, Cip guna mandian bunjut nih baru empat kali je. Guilty.. Bukan tak mau. Tak sempat la hai bila nak mandi je baru nak rebuskan. Mana nak jaga baby lagi kan.. So Insyallah dalam masa terdekat nih mandi lagi gune hat rebusan dia tu. 

Dua minggu kat rumah bapak Cip kire okay lah jugak sebab bibik pun ada. Nak apa-apa suruh dia buatkan aje. 2nd day Cip dah start mandikan Farhad every morning. Makan-makan, haruslah bibik yg masak. Adik Cip pun ada tolong masakkan jugak. Sebabkan Cip nak elakkan demam kuning Farhad berlarutan, Cip tak makan halia dan lada hitam buat sementara. Even jamu pun Cip tak makan. 

Langgar pantang? Ade je.. Siap mkn mcd dgn dominos lagi. (kuantiti sedikit okeyh).. Angin la sket. jenuh sapu minyak panas kat badan bagi kuar angin. Padan dengan muka kan? Gedik sangat nak jamah jugak pasai pa.. Mujur tak affect sgt ke Farhad. Dia menten lagu tu jugak la.. makan tido makan tido je. Keluar rumah tak payah cakap la. Belum habis pantang Cip dah siap pegi KLIA, pi pasar lagi.. Pening dan penat la sket walaupun  duduk aje. (jangan dibuat okeyh). 

Pada yang membaca, jangan la ditiru apa yang Cip buat nih. Cip bikan sengaja pun. keadaan memaksa. :D Okay start hari ni dah leh makan jamu.. 

P palang s: semalam timbang berat. Berat Cip turun. Sebelum pregnant ritu berat Cip ada la dalam 70 - 72kg mcm tu. Sekarang nih 66kg. Muarghahahaa... Takde rahsia okay.. Cip pun tak tahu cane leh turun sangat nih.. 




2 comments:

Unknown said...

pendapat aku...kalau ko plan utk full time breastfeed...xpayah la beli set pantang beratus2 tu... aku dlu beli...samai skrg pun ada...xpakai lgsg jamu2 tu sbb bila breastfeed, takut effect susu...panas...aku skrg dapat balik berat asal...55kg...main reason sbb breastfeed. so teruskan je breastfeed. cuma urut tu mmg penting. yg lain tu...aritu aku minum air gamat je utk nak pulihkan luka cepat...tu je..

Cik Cip Puding said...

tak sempat pun minum ayor gamat tu. tapi betul lah.. kite berat dah jadik kurang sangat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...