Jul 1, 2012

Shallots

Nih memang betul tengah tengah malam nih. Farhad dah tidoq. Seharian dia tidoq tidoq ayam. Finally sebelas lebih tadi tidoq hat betui betui punya. Cip memang nak tidoq sangat dah tadi tapi belakang Cip terlalu lenguh. Mintak tolong suami Cip urutkan sikit tang urat belikat tu but still tak kurang jugak. :( Tak selesa sangat nih. Angin dah masuk badan. Mungkin sebab minum air sejuk tadi agaknya masa dinner. huu~


Jadinya Cip pun turun bawah buat ayaq milo makan dengan biskut munchy. Sedap betul minum ayaq panaih panaih ni. Very soothing. 

Hari ni Cip try masak rendang ayam. First time okeehh.. Alhamdulillah jadik cuma ada kurang la sikit. Kurang pedas. Pedas tu pedas dah tapi perlu lebih pedas lagi baru menyengat. Insyallah raya nanti dah buleh masak sendiri dah.. Ibu pun cakap tadi dia tak payah masak dah. Bior anak dengan anak menantu dia pulak take over masak. Betui la dia kata tu.. Kami seme dah besaq besaq belaka. Tapi kadang kala tu bukan apa, saja nak bermanja kan.. Kalau mak kite yang masak tu kan sedap aje..

Masa Cip tengah kupas bawang tadi, Cip mengelamun teringat zaman kecik dulu dulu masa Cip kene duduk dekat Sepang during cuti sekolah and tolong nenek dengan atuk yang meniaga nasi lemak setiap pagi. Kalau tak dek kerana nenk Cip paksa suh kupas bawang la, kupas kulit telor la, mesin kelapa la (hat nih Cip yg insist. Luka tangan okeyh. Curious sgt mcm mana org mesin kelapa tu.), siang sotong, blend cili kering.. Ish banyak lah.. Setiap kali masak, mmg Cip teringat first time Cip duk buat sume ni. Bersyukur la Cip walaupun tak suke buat kadang kadang tu sebab rasa lebih syiok layan tgk drama mandrin, kene paksa jugak buat. Dah  besar mcm ni baru berterima kasih pada nenek dan arwah ibu akan ilmu ilmu yg diturunkan secara tak sengaja tu.

Cip pandai buat teh tarik style kat kedai tu pun berkat ajaran daripada atok. Sebab bila meniaga, atok yang buat air. Daripada gerai kecik tepi jalan sampai kedai besar la jadi restoran.. Bila dah besar duk pikir balik, jadik pengalaman manis betul. 

Paling best bila duk tolong atok dgn nenek meniaga ni, Cip akan paw atok Cip nak beli majalah atau buku. Cip pun tak berapa pasti majalah jenis apa Cip suka beli dulu. kadang atok tak bagi. Tension masa tu. Sebab the only time Cip tak boring ialah masa membaca. terasa cepat sikit masa tu berjalan. 

Semua memori ni hadir hanya dengan mengupas bawang hat kecik tu. (Cip usually guna bawang besar sebab lebih mudah nak masak.) Tapi disebabkan nak masak rendang bagi sedap, haruslah berair-air mata ngupas bawang merah tu tadi. Sampai Farhad yang duk nyenyak tidoq dalam buai pun merengek rengek. Cip tau konfem dia berasa pedih hidung ngan mata tu. Apa lagi, ayah dia la bawak naik atas sooth kan dia sambil bagi fresh EBM. 


p palang s: Belajar memasak tu sangat penting untuk kaum wanita. Sama ada mereka suka ataupun tidak, kene didik anak anak perempuan daripada kecik memasak. Tak memasak, at least ajar siang ikan, siang sotong, kupas bawang, hat basic basic tu pun jadilah.. umoq mereka dah nak masuk 30's sok baru depa sedaq.. (mcm Cip la tu)

2 comments:

Unknown said...

Betul la, sekarang ni baru rasa rugiii... huu~ Tapi belajar sikit2, demi family kan

Cik Cip Puding said...

Insyallah.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. masih belum terlambat.. kite pun banyak ambik resepi dalam internet aje kaklong..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...