Nov 11, 2011

Sambung Belajar


Sememangnya ada terdetik dihati Cip untuk menyambung pelajaran. Tapi dengan menyambung pelajaran, bukanlah bermaksud Cip mahu belajar bidang yang telah Cip ambil sebelum ni iaitu di bahagian akaun akan tetapi Cip tersangatlah mahu mengambil course Psychology

Jujur Cip katakan semenjak Cip habis sekolah, Cip tak pernah tahu apa yang Cip nak dalam hidup Cip. Semuanya ditentukan atau pun diberi kata putus oleh bapa Cip sendiri. Tak dinafikan, Cip terlalu muda pada masa itu untuk betul-betul mengenali kemahuan sendiri untuk masa depan. 

Dapat melayakkan diri ke UNITEN merupakan salah satu achievement terbesar buat Cip pada masa itu. Selain daripada tawaran diploma dan degree di UNITEN, Cip turut mendapat tawaran diploma daripada UITM di Terengganu. Ramai jugak kawan-kawan sekelas Cip mendapat tawaran yang sama juga. Akan tetapi bapa Cip menggalakkan Cip untuk menerima tawaran degree daripada UNITEN. Sesungguhnya Cip mmg tak yakin nak ambik degree terus sebabnya Cip rasa, Cip masih lemah. Cip nak ambik diploma tapi bapa Cip, insist suruh Cip go for degree. 


Akhirnya, selama lima tahun Cip habiskan masa Cip untuk course accounting tu. Lega Cip bila Cip habis jugak belajar. Dalam masa lima tahun tu jugak secara tak langsung Cip dah developed satu kegemaran iaitu membeli buku-buku yang ada kene mengena dengan psychology. 

Habis je belajar sambil menunggu masa untuk konvo, Cip terus bekerja. Genap setahun. Sebabnya beberapa bulan sebelum genap setahun Cip bekerja, arwah ibu Cip dah memujuk Cip untuk bekerja di syarikat dia. Cip merayu untuk bagi Cip lagi dua tahun tapi arwah ibu Cip insist jugak sambil bagi extra benefit iaitu dia akan tanggung kos pembelajaran Cip untuk sambung belajar. 

Seronok tak terhingga. Cip memang siap pergi Education Fair di KLCC masa tu dan beberapa U telah pun Cip pilih. Salah satunya ialah HELP University. Sebabnya ada course psychology yang menarik minat Cip disitu. Salah satu lagi ialah di Singapore. Apa namanya tah. Lupa pulak. 

Ada yang membantah niat Cip pada masa itu untuk sambung belajar dalam bidang yang Cip minati sebabnya Cip sanggup mula dari bawah balik iaitu ambil diploma dulu. Ada yang kata membazir masa.. hurmm.. Yang dsuruhnya ialah ambik ACCA. Frankly, Cip memang tak minat langsung nak ambik account lagi. Cukup-cukup la 5 tahun Cip menghabiskan masa Cip dengan account tu. Walaupun mmg ada yng nak sponsor Cip tapi Cip rasakan ia sesuatu pembaziran kerana Cip mmg tidak berminat untuk spend another few years of my life doing things I know I will regret later on. Therefore, No means no. 

Impian utk sambung belajar mungkin terhenti seketika kerana arwah ibu menyambut panggilan Illahi tak lama selepas itu. Dan terlalu banyak perkara berbangkit yang perlu diselesaikan telah membantutkan niat untuk sambung belajar dalam bidang yang Cip minati tu.

Walaubagaimanapun, Cip tetap akan menyimpan impian Cip tu untuk satu hari nanti. Mana tau kan.. If tak kesampaian sekalipun, mungkin Cip akan belajar sendiri sahaja.. Takdalah dapat apa apa certificate or something like that but still sekadar memenuhi impian Cip yang mash segar di hati ini..

p palang s: Bak kata Justin Bieber -  "Never Say Never"

2 comments:

ZERO VENDETTA said...

suka beno dengan psychology ya kak azrol. tp bagus jgk, menarik & berguna utk hubungan sesama manusia esp suami & anak :) semoga berjaya dengan kesukaan anda itu. amin...

Cik Cip Puding said...

That is definitely kite punye intention kenapa kite beria-ia nak sangat ambik psychology. It's true..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...