Sep 2, 2012

Bila dah start masak...


Masa raya ketiga hari tu husband Cip mmg dah habaq awai awai kata nak buat open house. Few days jugak brain storming nak masak ape. Tahun lepas Cip masak meehun sup. Ke soto eh? Kalau tak salah Cip ada buat bergedil sekali. Alamak lupe la pulak. Lebih kurang la. Sup ayam yg pastinye. So this year jenuh jugak la memikir sebabnya sudah ada anak kecil maaa.. Manakan nak motong bahan, nak masak, nak breastfeed.. Makanya perlu come up dgn menu yang simple. Iaitu mudah. Yeee.. Simple mudah, pimple jerawat. Ada beza ye..

Kalau ngikutkan husband Cip dia suh repeat ja menu tahun lepas. Malu la Cip. Kang depa kata duk buat menu sama ja every year kan? Ye la.. Cip pun bukan terer mana nak jamu ramai orang nih. Seriously.. Bukan lah pandai masak pun. Setakat makan sendiri sendiri ni, ate teman buleh le buat. Resepi pun teman ngikut resepi internet.

Brain storm punye brain storm, Cip bajet nak masak nasi impit, kuah kacang and lontong. Kan senang lontong tu. Campak campak aje. Lagipun Cip pernah buat lontong tu. Kire kondifen la sket. Cume kuah kacang je. Pernah buat tapi tak jadi. Adehhh~ mmg  tak kondifen langsung. So, Cip pun suarakan la menu tersebut pada MIL (kire nak dapatkan approval la nih sbb MIL Cip terer masak) tapi dia kata better la buat laksa Johor aje. Terbeliak jap bijik mate nih sebab Cip tak pernah buat. Memasak nih, kalau dah tak confident mmg susah nak jadik sedap. Laksa Johor pulak tu. Orang Johor yang makan mmg cerewet. Tapi tu la setelah Cip usha usha resepi di internet dan rasa ia lebih mudah daripada menu asal, keputusan sebulat suara ialah Laksa Johor.

Again Cip nak stresskan yang Cip mmg tak reti nak agak agak utk masak yang menjamu ramai orang ni. So kire mcm pegi berperang tanpa preparation yg rapi la ni.Husband Cip kata takpe, mlm dia nk buat bbq. Kire kalo lauk abes, ayam bbq lima ekor masih ada.

Gambaq hiasan SUMBER

Cip start masak dlm pukul 8 pagi dan settle sumenye tepat pukul 1.46 ptg. Sukatan bahan bahan, Cip tak ikut pun resepi. Pakai bedal je ikut hati dalam berharap menjadi la kuah laksa Johor ni. Mmg tawakal habes dah ni. Husband Cip pun tak bagi specific berapa orang yang nak datang. Anggaran dalam doploh org. (More than 20 people turned up okeyh..) Orang Johor kire approved la laksa Johor first time Cip tu. Alhamdulillah. Jadik jugak.

Dipendekkan cerita, laksa Johor tu memang tak cukup. Ngam ngam dah petang nak kat maghrib masa tu.  Nak masak lagi tak sempat derr ngan Farhad yang dah restless sbb kurang perhatian daripada Nde dia. Ayam pulak tak sempat nak marinate lagi. Pergh.. Tak tau la rasa panik masa tu mcm mana. Mmg tak menang tangan langsung. Lepas marinate ayam, kelam kabut husband Cip take over pulak bakor ayam. Kire tugas Cip dah selesai. Kesian la kat husband Cip. Non stop bakor ayam. Sekali kawan sekelas dia datang haaaambekkk. Kalau tak salah almost 7 family yang datang. Masing masing anak anak dah dua orang. Ues dah menghilangkan diri dah dalam bilik dia. Kawan kawan ramai. Ape lagi ajak men game la. Bayangkan kat luar rumah member yang bujang ada la dalam empat orang. Kat dalam rumah sahaja almost dua puluh orang. Hahahahaa..(dengaq macam ramai tapi campoq bebudak same la) Cip pun tak sempat nak bersembang dengan semua sebab Farhad dah restless tahap gaban sebab mengantuk sangat. Terpaksa la bawak dia baik atas. By 11o clock sume tetamu dah balik. Tahun lepas sampai pukul 1pg. fuh~  Post mortem malam tu membuatkan kami decide, next year kene masak lebih banyak.

Raya kelima ada lagi kawan kawan husband Cip kata nak datang beraya sebab masa open house depa tak sempat nak mai. Malas nak pikir menu lain, masak lagi laksa Johor. Kalau tak salah yang datang satu family je tapi Cip dah masak satu periuk sederhana besar. Kire utk 20 org makan la. Dah habaq dah kat depa kalau nak mai sebelum pukui 5 sbb kami nak pi open hse rumah kawan husband Cip pulak. End up kami bawak sume lauk pauk ke rumah MIL. So, sape nak mai beraya tu, depa kene datang rumah family husband Cip. Pukui 9 malam tu, kawan kawan rapat husband Cip pun datang. Ada la kot dalam 6 family. Fuuhh~ happening sungguh. Memula satu family ja kata nak mai tapi disebabkan rumah MIL lebih dekat daripada rumah kami, depa pakat pakat buat reunion teruih.

Ibu-Ibuku gangster
This week, husband Cip bilang member ofis daripada KL pulak nak mai beraya. Cip decide utk masak mee kari. Dua hari sebelum tu Cip dah test masak. Okay la tapi tak sesedap meekari yang pernah Cip makan (mcm biasa cari resepi dr internet). Finally jumpak resepi mee kari ala cina yang Cip meyakini kesedapannya. Mudah mmg mudah tapi preparation tu yang ghenyah. Mula nak masak gune sekor ayam je tapi husband Cip takut ramai yang turn up so end up tiga ekor ayam terkorban.


Kami takut lauk tak cukup macam hari tu therefore mmg kali ni kene buat lebih. Bukan takat ofismate husband Cip yang datang beraya, tapi geng motor dia (tak ramai 15 biji motor je.. he he he.. ) pun mai jugak. Tanpa disangka classmate Cip mase kat U dulu pun mai. Dia duk dekat area Kulim ni ja pun rupenye. Al kisah... Selesai sume almost 12 malam. Fuh~~

Settle open house untuk minggu ni. Cip tak tau lagi hujung minggu depan macam mana pulak. Kalau ade resepi mudah nak bagi pada Cip, silakan lah ye.. Cip amat mengalu-alukan resepi anda.. 

Iklan

Tak pernah rasa lagi tapi dah lama teringin..

Pavlova La Min Sweet Craving

Red Velvet
 Cikmin dah bukak order utk kedai bergerak dia.. Sape yang ada area KL leh la order.. 


p palang s: Bila la nak dapat rasa red velvet cake cikmin nih?



posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...