Sep 25, 2012

Wajik aka pulut kacau


Tengah Cip duk belek belek internet, mulut tetibe aje terasa nak makan mende maneh. Mau makan cake kah? Eskem kah? Cekelat kah? Tapi takdak jawapan. Perasaan nak makan mende maneh tu still ada.

Pikir punye pikir entah macam mana teringat terus pada wajik tok jam di Beruas sana tu. The only time Cip makan wajik ialah kat rumah tok = once a year la. Sekali makan mmg susah nak stop. Dari dua sudu jadi satu mangkuk.

However this year masa pi umah tok, tok kata dah tak larat nak buat dah. Memula tu Cip cuma tanya kuih atas meja tu beli ke ada org bagi. Tok pun habaq, "Hat ni paklong hang bg. Yang ni jiran tu duk bagi. Aku takdak buat apa pon. Nak buat wajik pun aku dah tak laghat.."

Kita faham la kan. Tok bkn kuat lagi dah. Cip dtg pun mmg nak jenguk and tanya khabar tok sebab dah lama sangat tak balik.

Since suami Cip ada bawak balik beras pulut susu yg client dia bagi, Cip pun gigih la nak cube try test buat wajik for the first time in my life (selama ni duk ingat susah sangat nak buat). Then acara googling resepi la. Cip tak tumpu pada satu resepi je semua jenis resepi berkenaan wajik ni Cip baca bagi mencari resepi yg paling mudah sekali untuk first timer macam Cip nih. Ada yang leh pakai rice cooker tapi kebanyakan sume resepi suruh kukus.

Selesai study selama setengah jam Cip pun masak ikut style Cip la (duk tawakal dalam hati menjadik la). Sukatan sume Cip pakai agak agak ikut suke hati aje. So this is what I came up with:

1. Cip kukus almost dua cawan beras pulut susu dgn daun pandan (Bg wangi. Resepi len takdak yang suh letak daun pandan pun. Belasah je la.)

2. Cip kukus dalam 1/2 jam mcm tu. Bila cek beras pulut tu dah masak, Cip letak tepi sat sementara Cip panaskan kuali.

3. Cip tuang dalam kuali tu santan tin (dah bukak syg la nk buang) lebih kurang satu cawan (cawan yang sama Cip gune utk agak beras pulut tadi). Then gula merah satu cawan penuh. Gula putih setengah cawan. Kacau selalu.

*banyak resepi yg kata better pakai santan perah sendiri sbb nak berminyak sikit. Tapi Cip dah ada santan tin yg dh bukak dalam peti ais plus Cip takdak mood nak perah santan. Therefore, santan Tin it is..

4. Bila semua dah cair, masukkan pulut yg telah di kukus dan acara kacau mengacau sampai gula tu likat pun bermula.

Memang pada mulanya agak cair tapi Cip biorkan atas api sampai dia likat. Kacau aje la supaya tak hangit belah bawah. Nearly one hour or maybe lebih agaknye baru la sebati semua adunan. Cip angkat dan letak dlm tupperware. Biar sejuk then baru masuk peti ais. Yummmyyy..


P palang s: Tak tunggu sejuk pun Cip dah jamah bersudu sudu
posted from Bloggeroid

5 comments:

cci said...

oit2... terliur weyhh!!.. eheheh.. look so yummy... nak cikit... :P

Cik Cip Puding said...

@cci

serious yummy.. hoh hoh hoh.. nak kalu kene mai ghumah lah cci..

AkuBiomed said...

Saya suka juga makan Wajik ini. Masalahnya selalu melekat pada gigi. :-)

Cik Cip Puding said...

@AkuBiomed

mmg makan nih selalu lekat.. takleh nak kata apa la.. korek korek la jawabnye..

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

wah! terernye buat... wajik ni nieza tak suke makan... konpirm kasi kat orang lain..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...