Nov 27, 2010

Musibah Itu Pahit (Hikmah)




Inna lillah wa inna illiahi raji'un...


Al- Fatihah. Takziah diucapkan buat sahabatku Nursara Shahimi diatas pemergian bonda tercinta pagi tadi. Aku turut bersedih dan aku hanya mampu berdoa daripada jauh semoga roh Allahyarhamah Siti Hawa ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Hidup memang sementara. Pejam celik... pejam celik.. Esuk giliran kita pulak. Entah-entah tak besok, kejap lagi ke..? kita tak tahu... Nyawa ni Allah nak tarik, sekelip mata je.

Bukan mudah untuk menerima kenyataan yang kita sudah tidak ber'emak'.. The times when you missed her so much tapi nak pegang tangan dia ke, nak peluk dia, nak melihat senyuman dia.. semua tu tak mampu dilakukan membuatkan hati ni rasa sebu. End up we're so sick of the feelings and its just so unbearable. Oleh yang demikian, hanya sujud kepadaNya yang mampu memberi bibit ketenangan dan keredhaan dalam hati yang sebu itu tadi.

Apabila kita ditimpa musibah amalkan mengucapkan "Inna lillah wa inna illiahi raji'un" yang bermaksud "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali."
Ungkapan ini bukanlah ungkapan ketika mendengar khabar kematian sahaja sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan kita, sebaliknya ia adalah doa yang akan dapat meredakan kesedihan kita dengan mengakui qada' dan qadar daripada Allah swt. Justeru, tatkala kita menghadapi dugaan dalam kehidupan, ucapkanlah doa ini di samping menghayati makna dan isi kandungan doa tersebut. Selain itu kita ucapkan doa yang bermaksud: "Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kepadaku ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku denagn sesuatu yang lebih baik daripadanya."


1 comment:

Zero2Hero said...

takziah buat Sara sekeluarga...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...