Sep 7, 2012

EBM - Penyimpanan

Baru je lepas ke blog Nieza. Nieza ada tanya tentang penyimpanan EBM. Hopefully this info will help you out..


Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. 

TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

FRIDGE/FREEZER?

Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu

Peti Sejuk (2 pintu)
  • bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
  • pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam

Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun
BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

SOURCE

TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Dapatkan maklumat bergambar DISINI

1 comment:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Wah!! Info yang sangattt padat..nieza baru berpeluang nak bace..thanx ye sbb buat entry ni..nieza mmg dah amal waktu kerja baru ni..tapi stock hari ni untuk esok je.huhu..syukur dapat mak yg menyokong 120% psl susu badan ni..so takde masalah nak tinggal baby kat mak..tapi after this dah x buat stock kot..kasi direct je ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...