Jan 21, 2011

Ape



Wah bestnye duk umah, layan Channel E sampai lebam sambil cuci kain (pakai mesin basuh ler. Ni dah masuk dua basuhan nih), sidai kain, figuring out nak masak ape tengah hari ni, tunggu Syam balik keje, makan sesama.. Ahahahhaaa... Cuma bosan je la sikit sebab sorang-sorang. Kalau Ues ada, leh pegi kedai naik Vespa. Baru je belajar nek Vespa tu semalam masa nak pegi buang sampah kat belakang rumah. Agak menggelabah la jugak memula tu. Baru aku tau gear kat tangan rupenye.. keh keh keh...

Sepanjang berada kat rumah ni, kami langsung tak tido dalam bilik sendiri tapi kami angkut quilt, bantal peluk sume tido dalam bilik Farreal yang sekadar berkatil single tu.... Punye rindu la kat dia. Muat aje.. Aku dengan Syam badan masing-masing macam lidi. Masa first time tido kat bilik tu aku mimpi yang tak best. Hurrmmm... No wonder sometime Ues cakap "Akak, akak jangan la kacau Ues. Ues nak tido nih." Hahahha.. seram tak? Tapi tak dinafikan memang selesa benar tido bilik dia.. Kalau tak da alarm, for sure kami tak sedar dah pagi.

And yang paling best aku dah jumpe botol susu yang dipercayai missing sebulan yang lepas bawah katil dia. Sampai Syam pun pelik mana pegi botol susu dia. Aleh-aleh dia beli aje yang baru.

Hangin dalam badan macam tak berkurangan aje. Pegi check dokter semalam pun same je dokter cakap. Cemana la aku nak buat nih. Kembung perut nih sampai senak nak benapas. Terharu aku Syam belikan instant honey ginger tea semalam. Dia kata senang aku nak bancuh minum before tido. Maybe leh kurang angin dalam badan tu. Maybe lah kut. dah minum takda la rasa any perubahan setakat nih. Dah baru je dua kali minum kan. kalau dua puluh kali lain la.

Ish.. larik topik dah aku nih.. persoalan sekarang ialah ape yang aku nak masak nih?


Bento. Sedap jugak Salmon Bento Set yang aku selalu makan kat food court Mid Valley tu. If tk ada kat Mid Vel pun, try dekat food court Garden pun not bad.


*uh.. Aku kalau dapat makan hat ni je, tak yah makan mende lain dah.. lazat lazat..


Sedapyeee... *pengsan lite lite.

Oppss... mesin basuh sudah berbunyik. Aku nak pi sidai kain then nak carik ilham nak masak ape dari encik google. Toodles...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...