Jan 5, 2011

Jom kite pegi sekolah!!



This year, my two lovely sista & princess akan menghadapi peperiksaan supernova mereka. UPSR & SPM. Boom!!!

*mereka semasa masih kecil dan chomel*

Yana yang dah masuk standard 6 tak habeh² cakap betapa takutnya dia nak exam nih.
Tengok Ekyn pulak cam rilek je.. Cam leyh dapat 9A dalam tangan lagaknye.. Ameennn...

2nd Day of school semalam buat aku rushing kesana - sini.
As early as 8.50 am, aku gerak ke Wisma Zeelan ambik urgent document yang nak kene hantar kat JKR. (Thanks miji).

Shoot balik opis sat.

Pastu ke Hospital Serdang ambik ubat nenek aku yang dah kehabisan.

Then terus ambik Abang Aqeel untuk dihantar ke Tadika Ho Sebelum jam 12 tgh hari. Van sekolah dia tak beroperasi lagi. Abang pulak ngah makan. Punye la rasa macam berejam tunggu abang bersiap.

Then aku shoot pegi sekolah Yana untuk beli buku dia. Ingat lepas beli buku tu nak terus hantar abang pi tadika. Tapi kesian la pulak awal sangat lagi. Baru 11.30 pagi. Kesian kat dia nanti tercongok sorg² kat kelas. So aku patah balik semula ke rumah papa hantar barang² sekolah Yana.

Sampai kat tadika abang, tepat jam 11.58 pagi. Just nice la tu. Abang tanya kat aku sebelum masuk kawasan tadika dia

"Atak ambik abang tak?"
(dia pelat tak leyh sebut huruf 'K')

*Senyuman joker berat hati nak pi sekolah*

Aku jawab "Takk.. Abang balik jalan kaki buleh ke?"

Dengan muke yang dah ala² joker 'why-so-serious' tu dia jawab

"Menade dowh.. Tate la betul betul"

"Betul-betul.." Aku jawab.

Sambil kami masuk melepasi gate tadika abang, ada sign board besor² tuleh
'Student Dismiss at 2.00pm'.

"Hah! Nampak tu! Putul dua. Atak tene amek abang putul dua."

Siap tunjuk kat aku signboard tu macam aku tak reti baca pulak.

"Kalau tak nak?" Aku tanya abang.

Abang buat muke. "Ambik laaa..."

Dah macam separa merayu tu. Aku senyap aje sambil bawak dia masuk ke kelas. Sebelum masuk kelas, dia pusing pandang aku.

"Atak ambek abang putul dua tan?"

Aku mengalah. "Yeeee.. Ambeekk laa.. Pukul dua."

Kang menangeh pulak takmo pi kelas. Aku sekadar bermonolog sendiri.

Masa abang dah masuk kelas and nak duduk kat tempat dia, aku panggil dia mintak izin nak balik dulu.

"Abang! Akak pegi dulu taw. Nanti jumpe abang pukul dua eh!"

Abang angguk. Aku pun gerak semula ke kereta.

*Abang masa 2 tahun*

Ada 2 jam sebelum nak ambik abang. Memang thak la nak balik semula ke ofis dengan parking yang susah giler nak dapat seperti mencari duit syiling dalam tepung. Ahaii betul ke pepatah aku nih. Jgn marah eh Yana.. Syiling² nih sensentap sikit.

So aku gerak pi hantar kereta cuci kat tempat biasa dalam setengah jam macam tu sebelum pi lunch hour dekat South City area. Just nice abes lunch hour lagi 15 minit waktu dismiss abang. (Thank you makngah belanja lunch. I lap yu. :D)

Owh yes then Syikin pulak msg.
[Akk, ekin ada briefing utk kelas tambahan. Dalam 2.15 keluar. Mcm mana? Sapa nak amek?]

Sib bek la aku masih kat luar. So konpom lepas amek abang kat tadika, hantor balik then pi amek Syikin pulak.

Aku reply.

[Akak ambik jap lagi]

After ambik abang, hantar dia balik rumah papa. Jumpe Aqilah. Cubit² sikit pipi dia. Tanya dah makan ke belum. Dia tanya aku nak pi mana? Aku cakap kat dia nak pi ambek kak ude. Dia nak ikut tapi aku cakap nanti aku ambik dia pulak. Sian diaa... Terpaksa aku bohong sunat.

After that, shoot ambik Ekyn kat Bukit Jalil and terus bawak dia pi ofis. Ahooiiii...

Yes itu lah dia. Baru 2nd day of school. Dengan Ekyn yang bakal sibuk buat preparation nak menghadap SPM ni aku tak tahu la cemana jadual dia nanti. Tiap² hari dia kene stay. Dan setiap kali dia stay tu jugak lah aku kene ambik sebab bas dah tak da dah lepas pukul 2.00 ptg. Malam dia nak tuition pulak. Ahaaiii...

Ingatan aku kembali pada Ues tatkala aku menguruskan adik² aku ni. (Every year without fail).


Aku terbayang² macam mana la dia dah masuk sekolah sok. Another few years aje. Tak lame dah. Mesti ayahnye busy & excited tak hengat. Anaknye biasa² je. Parents la yang akan rasa macam dorang masuk sekolah balik. He he he..




2 comments:

ZERO VENDETTA said...

so sweet!
akak a.k.a ibu yg sgt best okeh :)

Cik Cip Puding said...

thank you... I'll do my best..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...