Jul 12, 2011

Teringatkan arwah..

This few nights, Cip berada dalam keadaan 'down' gitew.. Everytime Cip nak tido Cip teringat akan arwah ibu Cip. hurmm...Setakat ni, Cip boleh dah terima hakikat arwah dah tak da lagi. Cuma ada masa-masa yang tertentu buat Cip terkenang kenang akan arwah.. Macam tak percaya arwah dah takda. Almost 3 years now. 

Disebabkan arwah dulu keje shift dan Cip jarang dapat jumpa arwah dihari-hari biasa, maka terbawak-bawak sampai sekarang. Sebab adakalanya Cip rasa arwah bukan tak da lagi dalam dunia ni tapi arwah pegi kerja. Bila teringatkan arwah, macam tu la yang Cip rasa.. 

Lepas tu ingatan Cip akan kembali kepada hari dimana arwah dikebumikan. Sumpah demi Allah, Tiada setitik air mata yang jatuh daripada pertama kali mendengar akan pemergiaan arwah sehinggalah selepas arwah dikebumikan. Hari yang kedua, Cip dan adik-adik kembali ke rumah arwah sebab kami buntu tak tahu nak buat ape di kampung. Jadi kami balik kerumah arwah. Masa tu lah baru Cip sentap. Bila Cip duduk berseorangan dalam bilik depan, baru Cip menangis sebab Cip baru realize yang Cip dah takda ibu lagi. Cip dan adik-adik officially anak-anak yatim. 

So, perasaan ini lah yang datang menghantui every once in a year pada Cip. No wonder. Bulan nih, merupakan bulan arwah pergi menghadap Illahi. 

Waahhh.. bertambah sedih ni nampaknya. Al-fatihah untuk arwah.. Cip teringat kat arwah.. Mcm mana nak gambar kan perasaan ketiadaan seorang yang dipanggil ibu tu, tak tahu Cip nak describekan.. Bila dia dah tak da, baru kite tahu kesedihannya bagaimana.. 

2 comments:

Nadia Harnisa said...

Berabar banyak2 ye. Al-Fatihah untuk arwah

Cik Cip Puding said...

Thank you Puan Nadia.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...