Jun 8, 2010

Can you handle the truth?


Baru aku perasan bila setiap kali aku tengok American Idol ni, tibe mase judges nak mengomen peserta-peserta yang baru buat persembahan, aku mesti tukar channel lain. Agak-agak dah habis dorang komen aku tukar balik. Selalunya bila persembahan dorang malam tu hancur. For sure kene taboh punye.. Kesian aku rasa kat peserta tu. Tak sanggup tengok muke dorang macam seposen tu bila Simon tak puas hati.

Kalau dorang tak strong and bukan dek kerana cita-cita nak jadi singer, dorang tak akan mampu dengar segala kutukan-kutukan dari judges tu.. Hmm.. dorang rasa dorang dah buat yang terbaik, dah pilih lagu yang dorang rasa mampu memikat audience malam tu serta dah timing persembahan dorang... Tapi tu la respon yang dorang dapat, tidak seperti yang dijangkakan.. Dengan kata lain.. dorang fail.. Dah la fail, rasa macam failure pulak tu.

Aku tak tahu macam mana diaorang mampu bangun semula and go on with the show.. Aku tahu mesti ramai yang breakdown during the show tapi tak dilaporkan je.. Macam mana la dorang handle all that stress? Well, dorang dah tentu la tahu yang it comes with the glamour.


Mengingatkan aku pada movie The Invention of Lying. Semua orang dalam cerita berada dalam dunia dimana apa sahaja yang terlintas dekat kepala otak tu, terus cakap kat orang tu. If orang tu cantik and perfect its good to be living dalam dunia tu. Tapi untuk mereka yang gemuk, pendek, hidung bulat macam cendawan... tak adil buat mereka.. sian dorang.. Bila kebenaran itu menyakitkan.

Berapa kuat kita untuk menerima segala kata-kata yang akan membuatkan kita berasa yang kita ni inadequate dalam segala hal? Tu sebab dalam life, kite kene involve dalam activity yang kite betul betul enjoy dan suka supaya kita yakin dengan diri sendiri dan kite tahu yang kite hebat dalam sesuatu, kita pun boleh mahir dalam sesuatu benda tu. Tak la life tu depressing sangat.

Life jadi sangat tension dan depressed bila setiap hari kita pegi keje, rasa nak ponteng, nak bermalasan, waking up every morning is like a torture, setiap kali dapat keje kite mengeluh dan langsung tak boleh fokus. Balik rumah ada tanggungjawab lain pulak. Dan kita buat tanggungjawab tu sebagai bebanan dan tiada langsung hadir perasaan sayang dan ikhlas. Tambah lagi tension. Bila kita sedar yang kita ni sendirian dan tak da siapa mampu menghiburkan hati kita. Lama kelamaan kita makin tak hiraukan diri sendiri dan yang kita cuba lakukan ialah penuhi hasrat dan permintaan orang lain..
sebab apa? sebab that is the only way kita rasa orang akan terima kita seadanya.. dan slowly kita sorok diri kita yang sebenar.. Depressednya hidup macam tu.

Jadi, cari something yang kita boleh buat untuk membina keyakinan diri kita sendiri and actually be happy for ourselves.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...