Jun 9, 2010

REVIEW: Lagenda Budak Setan - Movie Night



Novel Asal

Ramai yang kate citer ni sedih. Ada yang kate best. Aku cuba buka minda untuk tengok cerita ni. Aku tahu tak semua muvie Malaysia ni sucks. Especially muvie yang dibintangi dan diarah oleh Abg Afdlin (memang peminat-kipas-susah-nak-mati dia).

Namun, sangkaan aku salah belaka... Walaubagaimanapun cerita nih tak la seteruk cerita Mistik dulu tu.. Kecewa sungguh. Takda kepuasan aku tengok..

Aku kagum dan suka pada watak Azmi yang dibawa oleh Que Haidar tu. Very believable. Memang dia layak dapat anugerah pelakon lelaki terbaik untuk cerita ni. Walaupun dia bawak watak jahat, aku sebagai penonton tak benci dia tapi jatuh hati dengan dia. Bukan sebab watak dia tapi kerana sangat kagum dia bawak watak yang sangat feel macam tu.

Watak Farid Kamil tu boleh abwak lebih lagi aku rasa.. Ada masa pada sesetengah babak, watak Kasya tak believable.. Semua sebab ayat-ayat dan dialog-dialog skema yang seolah olah ditranslate dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Well, Lisa Surihani bawak watak ayu tu seems like stereotype macam watak Maya dari drama Adamaya. Watak Ayu No-2, yang dilakonkan oleh Syikin aku rasa much more better than Lisa sendiri. Cuma aku tak suka time dia sakit and dah hilang ingatan.. Walaubagaimanapun dubbing untuk suara Ayu no1 dan No 2 tepat.. Selalunya boleh nampak mistake bila dubbing ni kan.. Tapi untuk cerita ni, tak nampak langsung..

Sorry to say watak Suzana yang Farah bawak, sungguh fake. Urghhh.. Nampak sangat berlakon.. Aduyai.. Kecewa bila tengok dowh..

Bagi aku, Fazura memang best.

Banyak babak-babak dalam cerita ni skema dan tak rasa real. hmmm.. Kelemahan tang tu la.

Babak yang aku suka ialah babak Ayu kene belasah dengan Azmi & bile Kasyah dapat tahu yang Ayu dah kawin.. Aku rasa babak tu lah babak yang paling terbaik sekali. Music, moments, bunyik gagak, dunia seolah terhenti, semuanya complete and the msg sampai pada penonton...

Kesimpulan: Aku suka lagu OST filem ni. Betul kata hanis. Lagu dia best. Walaubagaimanapun, aku adalah the first person yang keluar dari panggung dan aku dah mula resah 15 minit sebelum movie tu berakhir.. Namun aku akan cuba sokong jugak filem tempatan lagi pasni. *sigh*

-Aku sebagai penonton-



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...