Sep 22, 2010

Kawan Saya Best!




Saya ada kawan....

Saya kenal dia sejak tingkatan 1 lagi.


Kawan saya kire macam nerd jugak la kot masa kat sekolah dulu.

Masa kat sekolah dulu dia pakai spek besar.

Sekarang dia dah lawa dah. Macam ala² pelakon Korea gitu. Bertuah sape dapat dia sebab dia seorang yang manje, baik hati, berkeyakinan tinggi, hebat orangnya serba serbi.

Kami juga berkongsi minat yang sama.



Bila ada masalah memang takda orang lain yang saya cari. Saya cari kawan saya ni sebab dia mampu menenangkan saya.. Kawan saya baik kan?

Kawan saya memang best.

Dah lama dah saya tak jumpe kawan saya ni. Hari tu pun secara tak sengaja terserempak dengan dia kat Minlon. Nasib baik dia call saya dan bagitahu yang dia berada betul² dalam kereta yang berada didepan saya semasa itu. Sambil dengan begitu bersungguh melambai²kan tangan.

Namun raya ni tak berkesempatan nak bertemu dan bermaaf-maafan.

Lagipun dia dah berpunya. Tak lama lagi mungkin sampai seru dan akan mendirikan rumahtangga. Masa tu lagi la tak dapat jumpa langsung gamaknya.

Walaubagaimanapun, saya selalu je teringat pada kawan saya ni. Saya doakan dia gembira dan bahagia selalu sebab sebelum² ni dia selau je terkecewa dan dikecewakan. Moga kebahagiaan kali ini berkekalan buat dia. Ameeennn...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...