Oct 29, 2010

Keluarga Impian



"Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT."



Dalam banyak² gambar yang diambil oleh Syam bersama Syamsoul Farreal Dubeus, ini adalah antara gambar yang paling aku suka. Mungkin kerana facial expression dan mood yang begitu bersahaja dan penuh kasih sayang itu berjaya dipotretkan dalam gambar tersebut yang hanya menggunakan tripod terus sahaja dapat dirasai oleh sesiapa sahaja yang menatapnya. Melihatkan gambar tersebut buat aku rasa sejuk nun jauh disudut hati.


Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya.

Tulisan disini bagi membalas tulisan Zero2Hero yang bertajuk 'Harapan Saya'

Impian Saya


1. Ketua Keluarga, Imam
Betapa saya mengimpikan seorang ketua keluarga yang bukan sahaja layak dihormati malah disegani oleh saya sebagai seorang isteri juga anak². Dihormati dan disegani kerana setiap tingkah lakunya terpuji, penuh dengan kasih sayang terutama kepada keluarganya sendiri, ibubapa, isteri & anak², bersopan-santun dan yang paling penting ialah menjaga hubungannya dengan Allah SWT.
2. Suami
Seorang isteri hanya mahukan belaian kasih sayang, perhatian dan bicara yang baik² daripada suaminya. Saya selalu membayangkan apabila berkahwin satu hari nanti saya dilayan oleh suami dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. Saya merasakan diri saya hanya untuk suami yang tercinta. Tiada orang lain yang ingin saya bahagiakan selain daripada suami saya sendiri. Alangkah indah sekiranya suami memahami kehendak isteri begitu.
3. Bapa
Saya mahu anak² menghormati bapa mereka sebagai role model yang paling utama dalam kehidupan mereka. Saya tidak mahu anak² lihat kelemahan bapa mereka yang bakal menghilangkan rasa hormat mereka terhadapnya.Seorang bapa yang tahu mendisiplinkan anak²nya dan buat yang terbaik bagi menjadikan anak²nya seseorang yang tahu membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka apabila mereka dewasa kelak.
4. Tanggungjawab
Saya menginginkan bakal suami menitik beratkan dan mengambil serious tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga, suami & bapa kerana ini bukanlah perkara yang boleh dgurau sendakan. Ini kerana antara salah satu timbul perasaan hormat pada ketua keluarga oleh isi rumah apabila tanggungjawab yang dipikul dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga atau sekadar tangkap muat.
5. Tempat mengadu
Saya mahu bakal suami mampu menjadi seorang pendengar yang prihatin, mendengar luahan² hati, cerita² ataupun lawak² isterinya walaupun mungkin tidak sekelakar atau se’best mana pun lawak dan cerita tersebut. Bukan seorang yang rasa terbeban apabila perlu mendengar luahan² saya yang bernilai dua sen ini.
6. Keselamatan
Saya mahu berasa keselamatan saya dan anak² dititik beratkan dan menjadi perkara utama supaya kami tahu dengan siapa kami boleh harapkan setiap kali kami berhadapan dengan masalah.
7. Masa
Saya harapkan bakal suami mampu seimbangkan masa bekerja dan kawan² dengan masa bersama keluarga. Semoga kami tidak rasa seperti peminta sedekah meminta² perhatian untuk meluangkan masa yang berkualiti bersamanya.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

2 comments:

Soul D'sign said...

kita beli umah kat lembah impiana mau?

ZERO VENDETTA said...

heh...bagus 2x! nmpk serasi sgt kamu berdua. ada impian & matlamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...