Oct 5, 2010

Tak Solat, Jahat.



Ustaz Kazim ni dah semakin popular. Popular bukan kerana dia artis akan tetapi kerana dakwah dia berunsur jenaka. Aku rasa kebanyakan orang boleh terima sebab tak terlalu serious atau skema. Bila mendengarkan dia bagi ceramah, tak terasa macam kene leter. Tambahan mungkin kerana loghat perak dia tu yang membuatkan dia seorang yang lucu jugak. *bapak aku kan org perak. Dia juga sgt lucu.


Ceramah dia bertajuk Bantah Suami atau Bantah Hukum, buat aku tertarik untuk tulis post kali ni.

*aku bukan ambik sebijik² pun kata dia. Ambik tang penting je.

Dia kata :


"Perempuan yang banyak bantah suami, berdosa besar la. Tetapi dalam banyak² jenis bantah, yang paling banyak perempuan bantah pada suami ialah sebab suami beristeri yang lain. Yang tu la paling banyak bantah. Suami tak sembahyang tak pa lagi. Padahal tak sembahyang tu la sejahat-jahat manusia baik macam mana pun. Caring macam mana pun. Tak sembahyang, Jahatlah! Tapi hari ni kalau tak sembahyang tu normal..."

*Setuju sangat dengan statement Ustaz Kazim ni. Especially tang solat tu.


"Tetapi kalaulah suaminya bernikah lain.. haa.. yang tu tok sah lah.. suami dia sembahyang pun dia hambat suami dia..."

*Well, bukan aku sokong kalau lelaki nak bernikah lagi satu tapi apa yang diperjelaskan oleh Ustaz Kazim berkenaan fakta solat tu penting bagi kefahaman kita tentang niat asal suami yang mahu bernikah lain.. Baca lagi.. Jangan la komen cepat sangat.. Baca dulu..


"Itulah dosa yang amat besar dan bala yang amat keras. Kenapa yang bantah suami kawin lain ni, kenapa balanya besar, dosanya besar? Kerana bantah suami menikah itu, seolah² membantah keharusan yang dibenarkan oleh syarak."

*Well, lelaki boleh kawin 4. Islam membenarkan.. baca lagi.. sabor.. sabor..

"Bantah disini ada dua. Satu bantah hukum. Satu lagi bantah suami."

"Hukumnya syirik pada Allah, menolak peraturan yang membenarkan lelaki kawin lebih dari sorang. Maka apabila bantah pada hukum poligami, haram hukum dia"

*Bukan buleh main² hukum ni.


"Bantah suami kawin lain sebab dia tak mampu, dibenarkan syarak. Yang tak bolehnya, bantah pada hukum. Tapi kalau isteri bantah sebab suaminya tak layak.. Boleh!"

*OKeyh?? ngerti?? So...


"Jadi ibu², isteri², nak bantah suami sebab apa? Kalau atas sebab yang tadi, bantah lah. Suami tak mampu.. Silakan..."

Kesimpulannya disini, nak lakukan sesuatu sebagai contohnya kawin satu lagi sebab nak ikut sunnah Nabi, kena la tanya diri kita balik, sunnah² Nabi hat len kite ada duk ikut ke sepenuhnya? Tepuk dada tanya selera.. Ilmu perlu dipertingkatkan.. Bukan mudah nak jadi pemimpin.

Dengar ceramah beliau dibawah :






Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...