Oct 9, 2010

Tak puas hati, call customer service mintak explanation.


Maxis oh maxis.. *ini bukan nak promote Maxis tapi menyatakan ketidakpuasan hati yang berlegar dalam diri aku sekarang ni.. Aku bayar bill tel tapi aku tak faham kenapa masih ada lagi tunggakan sampai budak maxis ni asyik call kate aku tak bayar. Siap bayar kat kaunter lagi. Ingat 460 sikit ke?


Aku sememangnya ada register beberapa line dengan Maxis. Baru-baru ni, masa beli BB dari maxis (ekin punye okeyhh.. aku tak mampu) nombor prepaid ekin tu perlu ditukarkan kepada post-paid. Oleh kerana Syikin bawah umur, jadi aku izin untuk dia daftarkan atas nama aku and jadik sub-line aku.


Nombor phone aku sebagai principal. Termasuk nombor ekin, aku ada dua lagi nombor sebagai sub-line. Sepatutnya proses untuk masukkan nombor lain sebagai sub-line tak lah complicated mana. Bila call Customer Service pagi tadi, ini explanation dia ;


Bagi penukaran prepaid kepada post-paid, pihak Maxis ni akan bukak satu akaun baru post-paid la.. Segala charges, dia akan terus charge dekat bill nanti. So at the end of the month la kite bayar kirenye.. Hat ni normal prosedur.

Akan tetapi mcm kes aku ni, aku dah tak nak bukak individual line just for ekin punye bill makanya aku suruh dia terus buat nombor ekin jadi sub-line aku. Senang aku nak control penggunaan phone dia sama.


Tanpa pengetahuan aku, prosedur yang dia buat ialah dia bukak jugak satu akaun individu yang baru (utk SEMENTARA) pehtu dia charge RM360 kat akaun baru tu (UNLIMITED PKG : yang sebenarnya sudah dibayar CASH). Tapi dia kreditkan kat akaun yang lama. Then dia terminate akaun baru yang dia create tu sebab nombor ekin transfer jadi sub-line aku.

This-so-called-pandainye-staff-maxis, tak inform pulak prosedur B.I.J.A.K yang dia buat tu.. So, all this time aku still utang Maxis RM360 walhal aku bayar bill phone aku every month.


Selalunya bila bayar bill pun (kat kaunter), bukan pakai no akaun. Tapi bagi no phone. Boleh pulak budak maxis yang call, mcm tak da manner ni, bckp dgn aku as if aku cuba mengelak nak bayar.. Dia sendiri pun tak tahu ape yang dia cakap. Sekadar tengok statement kat pc dia lepas tu bagi tau ada satu akaun yang aku bukak, then terminate tu masih ada outstanding amount. .. Hah!! memang ko nak kene yelled at la namanya tu.. Aku sendiri pun tak tahu dorang pi bukak satu lagi akaun baru.. sape suruh buat prosedur sendiri semata nak dapat komisyen lebih tanpa bagi tahu customer..


So please be aware la pada pengguna-pengguna di luar sana.. Make sure you know what you pay for.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...