Oct 29, 2010

60 hengget!!


Akhirnya, setelah hampir setahun aku tak jejakkan kaki kat squash court di dewan MPSJ Serdang tu, malam tadi tercapai jugak impian nak men squash kat situ. Since last year, dewan ni ditutup dan telah dibuka pertengahan tahun ni. Memula katanya bulan dua court squash tu leh guna.. Aleh² sampai ke bulan 4 pun tak buleh lagi. Bila ditanya, mereka pun tak tahu bila akan dibuka sebab masih dalam renovation.

So, kedatangan aku sekeluarga malam tadi tu nak ler tahu jugak ape yang dorang renovatekan sampai tak leh gune langsung kan.. Huh.. hampeh.. Kipas dorang dah cabut. So memang tak da pengudaraan yang selesa dalam tu. Ada glass door yang pecah last time, tak pulak berganti. Boleh la dorang cat dinding tu bagi putih balik. Sampai hilang line merah yang sepatutnya menjadi garisan off-side. Punya canttikkk.. Dan yang paling best sekali ialah harga sewaan court telah dinaikkan kepada 24 hengget. Amboih amboih... bukan ramai pun orang nak menyewa dia nak buat mahal² gitu. Aku sewa untuk dua sesi. Semalam dengan ari sabtu nih.. Just imagine 60 hengget... Ridiculous. Kalo sewa kat Putrajaya tu baru 5 hengget. Kalo malam paling tidak pun 6 hengget. So pas nih mmg thakk la aku nak ke MPSJ tu.. kecuali kalo ramai yang nak men.

*satu raket dah hancur kene hentam dekat dinding. Bebudak laki ni kalo men, belasah je sume.

Sape yang sudi nak join next time, sila lah. Tiada bayaran pun aku nak charge. Saje nak men tuk suke². At least ada la competition. Tambahan, kalau malu nak datang sekalipun sebab tak da raket, tak perlu nak risau. Aku ada. Bola pun ada. Bawak je la diri tu.

Panggilan aku untuk bermain squash disambut baik oleh K-roll yang dah banyak kali suh aku ajak dia. Dia adalah antara orang yang tak putus² tanya aku bila nak men squash. Sampai nek rimas di buatnya.

Apa² pun sabtu ni Insyallah.. Jumpa di sanaaaaa!!!!






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...