Oct 12, 2010

Siblings



Nama : Azrul Asyikin Aziz

Nama glamor : Ekin Aziz

Tarkh Lahir : 4 July 1994

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Umur : 16 thn

Suka : LV, High Heels, cotton

Benci : Lipas, Cicak

Masuk dua hari dah Syikin tak pegi sekolah sebab budak² form 3 menduduki PMR. Jadi, dia bermaharajalela dirumah. Alhamdulillah, rajin dia membantu kat rumah.. :D

Bila tahu dia tak sekolah, aku ambik kesempatan ni untuk memberi tugasan² sempena meraikan bebudak yang amek PMR. Aku ngerti Syikin memang tak suka disuruh² bila kene buat kerja rumah. So, aku tulis dalam kertas dan tinggalkan atas meja.

Ushh.. lega hati bila balik keje semalam, dia tengah menyapu sampah..

Dah besar dah.. Makin rajin, makin dengar kata, makin boleh diharap. Hopefully, boleh didik adik yang lain pulak lepas ni.

Pagi ni, tinggalkan lagi nota² tugasan yang dia kena settlekan kat rumah. Kurang sikit dari semalam. Benda² biasa je..


Selama 16 tahun aku jaga dia, aku sendiri pun kadang² tak faham dengan perangai dia yang macam ombak laut. Pasang dan surut.. Yang pastinya, she is very fun to be with... ONLY when her mood is okay... Bila tiba masa tak ok tuu.. habes semua orang kene tempias. Dengan muka yang masam mencuka, pandang orang pun dengan jelingan manjew dia tu.. hish.. disebabkan dah biasa, aku buat² tak reti je.. Never take personal kate omputih.

Dia juga seorang perahsia. Ada la mende dia rahsia kan daripada aku.. *Akak tau ler kyn.. Akak saje buat innocent.. as if tak tahu ape².. Ahaks.. I see yuuu...



Macam baru² ni, kami nye interest terbaru ialah... teng teng teng....

Ian Somerhalder,Vampire Diaries

*Ian Somerhalder.. Sape yang tengok The Vampire Diaries kenai laa..

Parents aku divorce masa Syikin baru 8 thn dan Yana 3 thn. Secara tak langsung mmg ramai sedara-mara aku yang lebih mengasihani mereka sebab kecik² lagi parents dah tak sebulu & bercerai. Aku dengan yang lain kira dah besar. Dorang macam tak risau sangat. Yana la jadi perhatian sebab dia yang paling kecik. Secara tak langsung, Syikin ada sedikit tersisih kerana perhatian lebih banyak diberikan pada Yana.


Yana senang untuk ramah dengan sesiapa sahaja dan disukai oleh sesiapa sahaja. Sikap toleransi dia pun memang tinggi. Bukan itu je, Yana lebih sensitif, penyayang dan matang dari usia sebenar dia. Ini lah yang aku nampak pada Farreal bila dia besar nanti. Memang akan ada personaliti ini dalam diri dia.


As for Syikin, dia ni very moody. Ada masa okay, ada masa tu tak ok. Banyak complain jugak. Tapi tu la it is just so many unsolved issues dalam diri dia antara faktor daripada penceraian parents aku yang mengakibatkan dia sangat susah untuk difahami. I hope this phase will be gone soon.

Aku harap dia dapat jadi someone yang tidak mementingkan diri sendiri. Aku nak dia berjaya dalam hidup dia dan yang paling penting dia boleh berdikari serta tak bergantung hidup dengan family. Aku perlukan dia untuk cepat matured dari segi pemikiran supaya dia lekas² fikir apa yang dia nak buat lepas dia habis sekolah nanti. Aku tak nak dia jadi pemalas dan cepat give up dalam hidup sebab Syikin, once dia dah commit to something, dia akan last till the end.



Antara perkara yang aku paling susah nak buat lepas aku kawin nanti ialah berjauhan dengan adik² aku ni. Sapa nak jaga dorang? sape nak bagi kata² motivasi kat dorang? Dgn sape lagi dorang nak bermanje?

Bertahun² dorang ni dibawah jagaan aku whether I like it or not. Dari aku 6 tahun aku dah start jaga mizi kendian Ekin, then Yana.. Kemana saja mereka ni lah yang aku bawak ke hulu kehilir walaupun masa tu dalam keadaan paksa rela.. Lama² dah jadik pelik kalau aku keluar tanpa dorang.


Sekarang dah ada Abg Aqeel...




Dan Adik Aqilah..





Mereka berdua ni walaupun aku tak jaga tapi sayang tu tetap utuh..

Makin dorang berdua ni membesar, makin dorang rapat dengan aku dengan adik beradik yang lain walaupun kami punyai emak yang berlainan. Sayang tu tak pernah pulak berbeza.. Cuma ada orang 'lain' yang nak membeza²kan dia ni anak sape.. orang tu anak sape.. Pada kami dia tetap adik kami.. No difference and I love them just the same. So stop trying to differentiate us.



Dulu.. Kini.. dan Selamanya...







6 comments:

beautiful.disgrace said...

ah. thanks azrul. hugs! hugssss! aku minat laki tu juga! kemsalam adik ko! auww..

Cik Cip Puding said...

Dia mmg sangat ensem keennn....

Cahaya said...

mmg ensem..... terserlah kekacakannye...... tetibe aku cm sedih jer baca nota yg ini.... ntah nape... cume x boleh nangis jer... nti rugi makeup ari ni.. hehehe... Ya Allah makbulkan doa wanita ini....

Cik Cip Puding said...

ko kene tgk citer dia plak anis.. Ekin dah naik gile dengan ian nih.

Amiinn...

ZERO VENDETTA said...

saya dpt rasakan yg akak sgt keibuan, so sweet!jaga adik 2x dgn kudrat sndiri bkn keje mudah & tak semua org mampu buat. thumbs up :)

by the way, masa jmpa ekin adik akak igtkan dia bdk u ke, nmpk matured dr usia sebenar

Cik Cip Puding said...

I agree. It was never easy in the first place. Everything happens for a reason. It turned out okay after all in the end.

Syikin to mmg looked matured than her age.. gedik summore.. ahahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...