Aug 19, 2010

Nur Kasih


Bersahur kat PLaza, jarang nak sahur sambil tengok tv. Selalunya dah 6.30 baru bukak tv3 tengok pengacara MHI baca headline² newspaper. Tapi bila sahur dirumah papa, tv mmg switch on punye. Drama Nur Kasih masih ditayangkan. Ini dah Ramdhan kali ke kedua dorang tayang citer arahan Kabir Bhatia ni.

Aku ingat akan bosan, rupenye tak lah. Still enjoy watching it. Mula lah mengutuk² watak Sara yang dilakonkan oleh Umi tu. Punya la real Umi tu bawak watak Sara yang very evil & manipulative towards others, sampai kene kutuk je la dia..

At the same time, Tiz Zaqiyah berjaya membawa watak Nur. Bila tengok kisah percintaan Nur, Adam, Katrina, Aidil (abg Adam lakonan Fiz Fairuz), Alia & Sara dalam cerita ni, buat aku bertanya pada diri sendiri;

Sekiranya ini adalah jalan hidup aku, nasib dari watak² siapakah yang aku lebih rela pilih?


Adakah menjadi Nur? Seorang yang baik hati dan sentiasa redha dengan nasib yang menimpanya? Dalam masa yang sama dia cuba make the best out of everything walaupun dia ditinggalkan gantung tak bertali beberapa tahun. Tapi akhirnya dicintai oleh orang yang menyebabkan kesengsaraan dia.


Atau adakah Alia juga seorang yang baik hati cuma dia berasal dari keluarga berada?


Katrina maybe? Disayangi oleh lelaki yang dia sayang, berkahwin, ada anak tapi tak sempat nak bersalin, anak dalam perut meninggal, jadi gila meroyan kejap tapi finally kembali ke hadrat Illahi dalam keadaan sudah bertaubat?


Atau Sara? Watak jahat yang akan ada dalam mana² cerita in real life atau sekadar drama yang suka memanipulasi keadaan bagi mendapatkan sesuatu untuk dirinya sendiri? Tak kisah sama ada perkara yang dia lakukan tu keji or not..

One more thing, If you could choose these two guy in your life, who would it be? Adam or Aidil?


Anyway, aku rasa mcm teruja bila Kabir Bhatia decide untuk memfilemkan drama Nur Kasih ni.. Aku admire hasil kerja dia.. Cinematografi.. Everything is so amazing making his work a real one and you could actually believe it. Certain story ada yang buat kite nak muntah sebab tak real mcm real life.. ~sigh~


So.. Jom kita reramai pegi pawagam later on bila filem ni dah launch. Aku rasa filem ni filem wajib tonton.

Before aku log off, jom same² tengok ceramah tentang Ujian Buat Wanita yang disampaikan oleh Ustaz Kasim ni. Buat renungan kita bersama.. Amiinnn..


video

6 comments:

anis said...

jom... kite reramai pegi tgk....

Cik Cip Puding said...

ekeke.. ko pilih sape?

anis said...

kalo untuk diri aku sendiri... aku nk jadi nur...
engko???

Cik Cip Puding said...

Katrina pun okey kot tapi tu la at the end of dianye life dia berubah..

Dayah said...

Salam Azrul,

Dayah suka juga cite ni.. hehehe..
Terbaik! Comella Mia tu kan. ^__^

Cik Cip Puding said...

dayah.. hat tu citer syurga cinta kan? cume movie kali ni dia mmg ada mia sekali la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...