Jul 6, 2010

Roadtax oh Roadtax


Petang semalam aku dapat call daripada this delivery guy from Myeg. Sembang dalam 30 saat dengan dia then dia cakap dia ada kat sekolah convent di Kajang. NICEee.... Padahal alamat yang diberikan ialah Bandar Tasik Selatan... Then dia cakap, "ni tak dapat nak hantar hari ni.."

*senyap*

Kalau ikutkan hati memang si Fakhrul nak kene lecture dengan aku.. Namun tiada kata-kata yang mampu aku luahkan kerana terlalu dan teramat kecewa. Fine!! Aku suruh budak delivery tu call si Fakhrul and deal dengan dia sendiri. Aku memang malas nak pikir dah..

Oleh kerana itu, aku terusan sahaja email kepada Fakhrul:

Assalammua'laikum... Dear Fakhrul, I am very dissapointed with your service. First of all, you didn't even bother to call and inform me that my roadtax will only be sent today and I was the one who had to call you and asked bout it.. My first dissapointment. Secondly, I just got a call from that delivery guy (Salihin - 0173032575)who is supposed to sent my roadtax over to my office in Bandar Tasik Selatan but he said that roadtax is all the way in Kajang and he wouldn't be able to send it by today..So I may be getting it by tomorrow. Second dissapointment. I dont wanna hear any more excuses and more reasons. All I know now is that I want my roadtax to be handed to me ASAP! With all due respect, you really have destroyed my trust thank you very much.

Dan tak berapa lama lepas tu dia call aku tapi aku malas nak cakap dengan dia so aku ignore dan dia buat missed call sebanyak 3 kali semuanya.

Bila check email;


Salam kak, Saya memohon maaf diatas segala apa yang terjadi , Kesilapan berlaku di pihak saya dan saya cuba menghubungi akak sebentar tadi namun tiada jawapan.. Mohon maaf di atas kekecewaan akak. TERIMA KASIH KERANA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN MYEG Fakhrul Myeg


Well, hari ni aku tetap akan menunggu dengan penuh setia untuk roadtax aku sampai ke tangan ini.. Semmoga tiada lagi kesilapan teknikal.. Buat aku rasa tak nak lagi gune Myeg lepas nih. Well, the first time gune pun, aku sendiri yang willing collect dekat budak Myeg. Bukan dekat. Nuu kat OU sana.. just because ofis dorang pun kat sana.. Well, what can I say masa tu desperate and time is limited.. nak tak nak terpaksa jugak...

Tak disangka, ada lagi email daripada Fakhrul.


Selamat Petang Cik Azrul Azneeta ,
Pertama sekali ingin saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang Cik Azrul hadapi setelah menggunakan Myeg. Untuk Pengetahuan cik dari pihak saya , saya sememangnya merasa kesal di atas segala kesilapan dan kesulitan yang telah Cik Azrul hadapi. Untuk pengetahuan cik saya juga telah cuba untuk menghubungi cik pada hari ni namun tiada jawapan.
2. Untuk makluman Cik Azrul juga saya telah mencuba sedaya upaya untuk memastikan Cik Azrul memperolehi road tax pada hari yang telah dijanjikan, namun terdapat kesilapan dan saya juga tersilap kerana tidak menyemak seawal kedatangan saya ke pejabat pada hari nie. Namun setelah Cik Azrul memaklumkan kepada saya barulah saya menyedari yang Road tax Cik Azrul masih lagi belum sampai. Tindakan telah di ambil untuk membolehkan Cik Azrulmendapat cukai jalan Cik Azrul pada petang ini namun masih lagi mendatangkan kesilapan yang mana pihak saya telah tersalah mengisi alamat walaupun saya telah menyatakan alamat yang sebenar.
Segala kekesalan terhadap perkara yang terjadi dan saya juga merasa bersalah kerana Cik Azrul menghadapi masalah sebegini pada awal percubaan Cik Azrul ketika cuba menggunakan perkhidmatan kami. Bukan memberikan alasan,namun ingin saya memohon maaf yang tak terhingga di atas apa yang telah terjadi dan semoga Cik azrul masih memberikan peluang dan kepercayaan kepada Pihak Myeg dan juga saya jika masih mempunyai peluang.
Akhir kata , saya memohon Maaf di atas segala kesulitan yang telah berlaku.
Yang Benar,
Fakhrul Sani

**Things already done and there's nothing more you can do about it kan?**

Semoga anda tidak ditimpa nasib seperti saya.. Good Luck!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...