Dalam perjalanan hantar syikin pegi sekolah pagi tadi tetiba je ke udara lagu Nobody's Home nyanyian Avril Lavigne. Pertama sekali yang aku teringat ialah Cik Puya.. Haish.. pernah kot aku cakap kat Puya yang aku akan teringat pada dia setiap kali dengar lagu ni.
Setakat ni alhamdulillah, setelah lama menghilang ada sekali sekala Puya akan telefon dan jumpa aku. Ada sekali tu lama bebenor dia menghilang tak tahu la kenapa. Dia ni spesis ikan duyung agaknya. Sekali je timbulnya. Lama tenggelam. Sampai ingat boleh jadi cerita dongeng lah. Ahaa..
Puya jugak mengingatkan aku pada seorang penyanyi kumpulan Indonesia yang pernah menyanyikan lagu karma tu. Cuma ofecoz la Puya lebih muda. Kikan Mantan tu nampak le tuanya.. Tapi sore dia sedap. Sore Puya lemak sket.. teeheehee.. *hampuunnn Puya..
Macam mana leh kenal Cik Puya ye?
Dia housemate aku masa kat U dulu. Memang sesampai je untuk laporkan diri, aku dah nampak dia dengan pakaian yang tak formal gitu. Tapi aku pun sama cuma aku kene tukar la sebab masa datang tu aku pakai t-shirt je. Tapi disebabkan beg-beg Puya ni semua tinggal kat hotel di Kuantan dia dapat gak masuk untuk lapor diri.. Otai tak otai la kan. Tapi masa tu tak tahu pulak dia akan jadi housemate aku. Yang pasti subang-subang kat telinga tu dia kene cabut. Betul-betul kat depan wisma. Rebelious dia ni..
Nak dijadikan cerita, sepanjang 10 semester aku kat sana, satu semester je aku tak duduk satu rumah dengan dia. Hat semester² lain semuanya duk sekali dengan dia.
Sape kawan baik dengan dia? Hahahaa.. Cik Mima yang selalu tanpa segan silu membebel dengan dia setiap kali dia malas belajar.
Puya ni ada masalah tido sejak dulu lagi. Sangat susah nak tido. Penakut pun satu.. Kadang² aku yang tak takut ni pun jadik penakut bila dia describekan benda yang dia bayangkan. Pastu suka gelak² kat orang. Ngah ada problem serious pun dia leh gelak². Sekarang si syikin sebijik ikut perangai cam dia.. Tak tahu cane leh terkenan.
Dia tak kedekut especially pasal makanan. Masak pun sedap. Tapi nak menantikan dia masak tu kene ada ocassion je.. Dia masak memang ikut orang lama.. Traditional la orang kate.
Aku doakan dia bahagia dan tak lupa pada kawan² serumah dia ni dulu. hidup PUYA!!! Hoyeh!!
p palang s: Mintak hampun mintak mahap ye Puya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.. :D
No comments:
Post a Comment