Akupun dengan bangganya hantar msg dekat Zu.
[Salam. Br dgr luahan hati ko kat radio. Ko sihat?]
tak lama pastu dia reply,
[Bukan aku la.. Aku pun dgr jgk pg td. Aku rasa org yg nama mcm aku ni nasib sama kot..]
Ahahahaa... Zu kata bukan dia. Ye ke? Boleh caya ke ni?
Terusan dia letak ni kat status fb dia.. 'perhatian.. perhatian... kepade sesiape yang mengenali diri ini... SMS kat Hot chat HOT.fm pg td bukan Zuliana Zulkaple.. Zuliana lain 2... wei aku lom kwin la... ha3.. adoi nape semue tanye bete nie...'
Keh keh keh... sian dia.. telah tersalah orang rupenye..
Anyway semasa bukak puasa semalam aku tetibe ter'wonder' what does it really mean tiba bulan Ramadhan, syaitan diikat? Adakah syaitan itu benar² diikat maka tiada mereka disekeliling kita? Ataupun hasutan² mereka itu yang disekat oleh Allah swt supaya tak boleh menghasut manusia untuk disesatkan.
Jawapannya diambil dari sini:
Sabda Rasulullah saw:
إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
Maksud: Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pula dirantai.
(H.R Bukhari, Tirmizi, Nasa`iy, Malik dll)
Ada dua pendapat dalam membahaskan hal ini iaitu:
1. Pendapat pertama mengatakan, pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan sebenarnya hanyalah satu kiasan. Ertinya, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu ataupun diikat. Ungkapan “syaitan dirantai” digunakan hanya sebagai kiasan untuk merujuk kepada makna lain. Ia sama dengan ungkapan “pemandu yang tidak beretika digantung lesennya”. Perkataan “digantung” disini hanyalah sekadar kiasan. Ia tidak membawa maknanya yang sebenar iaitu lesen diikat dengan tali, kemudian digantung pada tiang. Sebaliknya, ia adalah kiasan kepada pembatalan ke“sah”an lesen tersebut.
Pendapat inilah yang berada di minda ramai orang bilamana melihat maksiat yang masih berleluasa di bulan yang mulia ini.
2. Pendapat kedua mengatakan, “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” membawa maksudnya yang asal. Iaitu, syaitan benar-benar dibelenggu dengan makna diikat atau diberkas. Ertinya, ia bukan satu kiasan.
Pendapat ini memerlukan lebih penjelasan oleh itu ada dua pandangan dari para ulamak
Pendapat pertama mengatakan, yang dibelenggu hanyalah sebahagian syaitan sahaja iaitu pencuri berita-berita dari langit ataupun “pelampau-pelampau” syaitan.Pendapat yang kedua pula mengatakan kesemua syaitan diikat tanpa terkecuali.
Di antara ulama yang berpegang kepada pendapat kedua ini ialah Imam Qurtubi dan berhubung dengan persoalan yang ditimbulkan jawabnya pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan manusia.
Boleh disimpulkan bahawa Syaitan yang dibelenggu itu adalah dari kalangan Jin manakala bagi manusia yang fitrahnya mempunyai nafsu, mereka dengan sendirinya menjadikan diri mereka tergolong dikalangan syaitan yang berupa bentuk manusia apabila nafsu yang ada dalam diri tidak terkawal sehingga hilang rasa bersalah dan malu untuk terus melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama di bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga kita semua tidak tergolong dikalangan mereka..
Sumber: Halaqah.net
So? Ada faham? (Pandangan ini diambil disini)
No comments:
Post a Comment