Jul 20, 2010

Buat kita bersama..



Ketika seorang gadis memasuki kehidupan rumah tangga, maka dia memiliki beberapa tugas dan tanggungjawab yang berbeza daripada zaman sebelum perkahwinannya. Di saat tugas-tugas dan tanggungjawab tersebut bermula, maka perasaan tidak percaya untuk mencapai kesempurnaan yang sering datang sebelum bernikah akan terasa berkurangan. Kerana sebelumnya dia masih sendiri tetapi kemudian menjadi berdua. Maka automatik kesempurnaan yang akan dicapainya akan lebih mudah dan jalannya akan lebih mulus.

Oleh kerana itu, seorang isteri atau seorang ibu di dalam kehidupan berumah tangga janganlah sama sekali hanya memikirkan dirinya sendiri, memenuhi kehendak dirinya sendiri atau berbuat sesuatu supaya orang lain menghormati dirinya sahaja. Perbuatan ini tidak benar kerana kita harus selalu ingat bahawa "saya" sekarang telah berubah menjadi "kami". Jadi ketika berbuat sesuatu maka usahakanlah pekerjaan tersebut bukan sahaja bermanfaat buat dirinya sendiri tetapi untuk semua ahli keluarganya, atau yang lebih parah lagi pekerjaan itu janganlah pula nanti membawa kerugian kepada suami atau anggota keluarga yang lain.
Ada beberapa hal penting lain yang dapat memaniskan dan mengharmonikan kehidupan indah suami dan isteri. Di antaranya adanya rasa cinta dan kasih sayang. Isteri harus tahu bahawa suaminya mencintainya dan suami juga harus tahu bahawa isterinya juga mencintainya.

Salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada pasangan adalah melalui perkataan kita. Perbuatan ini bukanlah suatu penghinaan bagi seseorang isteri atau seorang suami.

Rasulullah saw sendiri dalam hal ini bersabda:

" Seorang hamba yang paling banyak keimanannya kepada Allah adalah mereka yang banyak menampakan kecintaannya kepada pasangannya."
(Bihar al-Anwar, jilid ke 103, hal: 228)

Cara lain dalam menampakkan rasa cinta adalah dengan menjaga penampilan kita saat berada di dalam rumah dan di hadapan suami dengan memakai busana yang bersih dan rapi, memakai wangian yang sesuai dengan selera suami dan lain-lain yang seumpama dengan amalan ini. Perlu diperhatikan bahawa hal semacam ini bukan hanya tugas seorang isteri, namun suami juga turut memainkan peranan.

Imam Sadiq (a.s) dalam hal ini bersabda:

" Sebagaimana seorang suami menyukai keindahan dan zinat yang ada pada isterinya, isterinya juga menyukai keindahan dan zinat yang ada pada suaminya."
(Makarimul Akhlak, bab 5, fasal 2, Hal: 80).

Cara ketiga untuk menampakkan cinta kita kepada pasangan kita adalah dengan adanya kerjasama antara suami dan isteri, isteri membantu pekerjaan suami dan suami membantu pekerjaan isteri, walaupun bantuan tersebut sekecil apapun.

Selain rasa cinta dan kasih sayang, hal penting lain yang harus ada di dalam kehidupan suami isteri adalah saling menghormati antara satu sama lain. Setiap manusia suka untuk dihormati, begitu juga dalam kehidupan suami isteri. Suami suka untuk dihormati, begitu juga sebaliknya.

Adapun cara menampakan rasa hormat kita kepada pasangan sama dengan cara menampakan cinta kita kepadanya. Kita dapat menonjolkannya melalui kata-kata atau dengan amalan/tindakan. Contohnya, ketika tetamu berada di rumah, inilah waktu yang paling wajib bagi kita untuk menghormati pasangan dibandingkan dengan waktu-waktu yang lain. Jika suami memerlukan bantuan untuk menjamu tamunya maka kita sebagai seorang isteri hendaklah dengan segera membantunya, atau jika suami berbicara tentang hal yang tidak kita setujui maka hendaknya kita diam dan bersabar sehingga tamu pulang. Perbuatan seperti ini begitu penting, kerana ini berlandaskan keikhlasan dan tidak menodai harga diri pasangan di hadapan orang lain.

*to my very special friend that will be a wife soon

3 comments:

Cahaya said...

same2 la kite berdoa semoga segalanya berjalan lancar.. semoga kebahagiaan manjadi milikmu jua cik cipuding...

Cik Cip Puding said...

Yes to you too cik anis..

Soul D'sign said...

amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...